AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Larian Agrobank 50 Tahun di Negeri Jelapang Padi



ALOR SETAR, KEDAH – Agrobank hari ini menganjurkan satu acara larian bersempena ulang tahun ke-50 tahun ini. Seramai 1,000 pelari mengambil bahagian dalam larian sepanjang 5 km dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah sawah padi. Acara larian 50 tahun Agrobank ini merupakan hari yang penuh keseronokan, persahabatan dan kesukanan. Ia adalah hari kejayaan sukan untuk pelari, dari latar belakang yang pelbagai untuk melalui medan padi dengan rakan-rakan dan keluarga sehingga ke garisan penamat.

Pada pukul 7:45 pagi, pelari-pelari bermula dengan ‘Flag Off’ disempurnakan oleh YB Tuan Asmirul Anuar, Exco Negeri bagi Belia dan Sukan yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama-sama dengan YB Tuan Azman Nasrudin, Exco Negeri bagi Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank dan Dato’ Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dengan suasana yang indah dalam pemandangan sawah, para pelari menikmati konsep alam semula jadi pada hari hujung minggu sambil menikmati kehijauan bumi dan menghargai sumber makanan utama kami di Malaysia.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, “Ini merupakan kali pertama Agrobank menganjurkan acara sedemikian. Kami memutuskan untuk menganjurkan larian ini di Kedah kerana ini adalah lokasi bagi cawangan pertama kami dan menghargai projek pertama kami di negeri yang indah ini. Adalah baik untuk mengimbau kembali di mana bank bermula dan mengingati ‘raison d’etre’ kami. Agrobank atau Bank Pertanian Malaysia (seperti yang dikenali dulu) ditubuhkan pada tahun 1969 bagi membiayai projek pengairan untuk menampung tanaman dua kali untuk penanaman padi di Kedah, dikenali sebagai kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“MADA merupakan rakan strategik pertama untuk Agrobank dan kami bangga dapat bekerjasama dengan MADA lagi hari ini untuk ‘Fun Run’ ini bagi meraikan ulang tahun ke-50 kami. Bersama-sama dengan rakan strategik, kami terus komited untuk memastikan keselamatan makanan negara dan menyokong perniagaan berasaskan pertanian di seluruh negeri,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank.

Pelari juga membawa pulang pingat penamat unik yang mewakili tema tahun ke-50 bank. Di samping itu, pelari dan penyokongnya turut bersama untuk menyokong acara ini dan menikmati pelbagai aktiviti seperti jualan trak makanan, gerai pendidikan, muzik dan lain-lain.