Skim Ternakan Ayam Secara Komersial (UTAMA-TERNAK) – Program ini menawarkan pembiayaan kepada usahawan di dalam industri ternakan ayam pedaging dan ayam kampung kacukan di mana projek dilaksanakan secara komersial, dengan jumlah kapasiti pengeluaran ternakan ayam sehingga 35,000 ekor.
Konsep Shariah
- Tawarruq
Konsep syariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli Komoditi daripada Bank pada penambahan harga jualan (Harga Jualan Bank) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai.
Kemudahan Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM50,000
- Maksimum: RM500,000
Kadar Keuntungan
- Serendah 3.75% setahun di kira berdasarkan baki harian
Tempoh Kemudahan
- Sehingga 84 bulan (7 tahun)
Tempoh Kredit
- Ayam Pedaging – Sehingga dua (2) bulan bagi satu (1) kitaran
- Ayam Kampung Kacukan - Sehingga tiga (3) bulan bagi satu (1) kitaran
Cagaran
- Tiada cagaran diperlukan
Skop Pembiayaan
Pembiayaan modal kerja disediakan bagi keperluan seperti berikut:-
- Pembelian anak ayam
- Pembelian stok makanan dan vaksin
- Pembelian ubat-ubatan
- Upah pekerja dan kos utiliti
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun - 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan)
- Syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak berkuasa berkaitan atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak.
- Perniagaan atau Syarikat mempunyai pengalaman ternakan ayam sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan kemudahan pembiayaan
- Salinan kad pengenalan
- Penyata kewangan Bank (12 bulan terkini dari semua akaun bank yang aktif
- Akaun yang diaudit (jika berkenaan)
- Invois kos operasi ternakan diperlukan bagi penentuan jumlah pembiayaan.