AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Serah Hadiah Kepada Pemenang Kempen Mega Million Pusingan 1



SHAH ALAM, 5 MAC 2024 – Agrobank hari ini menganjurkan Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Million Pusingan 1 bertujuan untuk meraikan para pemenang bulanan (Oktober, November, Disember 2023) dan pemenang Cabutan Kitaran 1.

Kempen Mega Million telah dilancarkan sejak 1 Oktober 2023 dan akan berterusan sehingga 30 September 2024. Ianya terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank, termasuk individu dan bukan individu. Kempen ini melibatkan produk-produk Agrobank termasuk AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Will Writing, dan Motor Takaful.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Setakat December 2023, kempen ini telah mencapai lebih dari 100% sasaran dan kami yakin Agrobank dapat mensasarkan lebih dari 150% sehingga tempoh akhir kempen. Fokus kami adalah untuk menarik lebih 50, 000 pelanggan bagi kempen ini dari Lembah Klang, Sabah dan Sarawak serta Pantai Timur untuk menyertai kempen ini.”

Menurut beliau, “Kami juga melihat peningkatan positif untuk produk-produk Agrobank sejak kempen ini berlangsung. Sebagai contoh, produk Takaful telah menunjukkan peningkatan pelanggan sebanyak 52%, penulisan wasiat sehingga lebih dari 110% dan Agrocash-i Personal Financing sebanyak 43%. Pihak kami berharap agar pelanggan dapat terus menikmati manfaat dari perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank.”

Dalam majlis tersebut, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin juga berkata “Kami proaktif merangka inisiatif seperti ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyimpan dengan menggalakkan para pelanggan Agrobank untuk mendepositkan wang ke dalam akaun mereka. Agrobank bukan sekadar mahu mempromosikan tabiat kewangan yang berhemah malah menjadikan tabiat menyimpan sebagai pengalaman yang mengujakan.”

Mega Million merupakan penghargaan kami kepada pelanggan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan seperti kenderaan elektrik, kereta dan wang tunai sehingga RM2 juta. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ini dengan mendapatkan maklumat lanjut di www.agrobank.com.my ataupun boleh berkunjung ke cawangan Agrobank yang berdekatan.

Tiga (3) pemenang bulanan membawa pulang BYD Dolphin, Proton X50 dan Perodua Myvi. Manakalah, bagi Cabutan Kitaran 1, lapan (8) orang pemenang tempat pertama dari setiap wilayah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5, 000 seorang. Turut menambah keterujaan, pada akhir Kempen Mega Million, seorang pemenang bertuah akan memenangi cabutan utama untuk membawa pulang sebuah kereta Tesla

Berikut adalah senarai pemenang pada bulan Oktober, November dan Disember 2023:

NO. NAMA CAWANGAN
1. Kamaruzzaman bin Abdul Rahman Selayang
2. Chan Yeok Kew Raub
3. Amit bin Munchit Beaufort