AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Agrobank merupakan agen kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

Jenis perkhidmatan adalah seperti berikut

  • Pembukann akaun SSPN-i
  • Penambahan deposit akaun SSPN-i
  • semakan baki akaun

 

Syarat - syarat Pembukaan Akaun SSPN-i

1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia dan bukan warganegara;  

2. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;  

3. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;  

4. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;  

5. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan  

6. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.


Perkhidmatan SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter di semua cawangan Agrobank

Maklumat terperinci mengenai SSPN-i boleh didapati di laman web PTPTN: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan