AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

PROGRAM – Pembiayaan CAKNA

Skim Pembiayaan CAKNA merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro kecil dan sederhana yang merupakan kontraktor kelas G1-G4 yang dianugerahkan kontrak Kerajaan Persekutuan. Pembiayaan ini dapat meningkatkan kedudukan kewangan dan aliran tunai perniagaan dengan mempercepatkan proses pembayaran melalui sistem e-perolehan kerajaan dan platform pembiayaan bank.

Jenis Skim Pembiayaan CAKNA:

  • CAKNA I:
    Disediakan kepada usahawan yang mendapat kontrak Kerajaan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan untuk keperluan modal selepas kontrak disempurnakan melalui kaedah pasca pembiayaan.

  • CAKNA II:
    Disediakan bagi pembiayaan kontrak Kerajaan dari kategori bekalan/perkhidmatan/kerja sedia ada dan baharu melalui kaedah pra pembiayaan berdasarkan tempoh kontrak yang ditetapkan.

Konsep Shariah

  • Tawarruq
    Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.

Margin Pembiayaan

  • CAKNA I - Sehingga 80% nilai invois
  • CAKNA II - Sehingga 100% nilai kos

Kemudahan Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan

  • Usahawan Mikro dan kecil: Sehingga RM500,000
  • Usahawan Sederhana: Sehingga RM1.5 juta

Kadar Keuntungan

CAKNA I CAKNA II
BFR+1.5%    

Sehingga 7% p.a atau BFR +1.5%

Nota: Tertakluk kepada ketersediaan dana

 

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 12 bulan (365 hari)

Tempoh Kemudahan

  • Tidak melebihi 60 bulan (5 tahun)

Cagaran

  • Tiada cagaran diperlukan

Skop Pembiayaan

  • Melibatkan kontrak-kontrak yang berkaitan pembekalan, perkhidmatan dan pembinaan yang melibatkan aktiviti seperti pengeluaran makanan, pertanian, peliharan alam sekitar dan sistem ekologi.

Kelayakan



  • Semua entiti perniagaan yang didaftarkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa berkaitan termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal/kontraktor.
  • Kontraktor perlu berdaftar dengan CIDB & PKK (kelas G1–G4).
  • Telah/akan dianugerahkan kontrak melalui e-Perolehan.
  • Tidak bankrap, tiada tindakan undang-undang/kredit berganda, dan tidak disenarai hitam (AML/CFT)

Dokumen yang diperlukan

 

  • Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh yang dibenarkan oleh pihak bank.

Lembaran Maklumat Produk