Skim PUSHPA merupakan inisiatif bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi menyediakan pembiayaan kepada usahawan Mikro dan Kecil di Negeri Pahang untuk menambah baik dan membangunkan perniagaan dalam memenuhi kriteria-kriteria untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.
Konsep Shariah
- Tawarruq
Konsep syariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli Komoditi daripada Bank pada penambahan harga jualan (Harga Jualan Bank) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai.
Kelebihan Skim PUSHPA
- Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap status halal bagi produk usahawan tempatan.
- Potensi memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
- Mempertingkatkan status sosio-ekonomi usahawan mikro dan kecil di Negeri Pahang.
- Pemantauan kemajuan perniagaan dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan di Negeri Pahang.
Kemudahan Pembiayaan
Skop Pembiayaan
Merangkumi perbelanjaan modal seperti berikut:
- Menaik taraf atau pengubahsuaian premis mengikut piaiwaian Pensijilan Halal Malaysia.
- Pembelian aset tetap seperti mesin pemprosesan dan pembungkusan yang mematuhi syarat Pensijilan Halal Malaysia.
- Kos pembungkusan, cetakan, analisis kawalan kualiti (nutrisi, jangka hayat produk, dan lain-lain lagi), reka bentuk pembungkusan, khidmat perundingan, acuan cetakan, dan bahan pembungkusan.
- Kos permohonan Pensijilan Halal Malaysia.
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM 25,000
- Maksimum: RM 350,000
Kadar Keuntungan
- 4% setahun berdasarkan baki bulanan
Tempoh Kemudahan
- Sehingga 5 Tahun (termasuk sehingga 6 bulan tempoh penangguhan)
Cagaran
- Tiada cagaran diperlukan
Jenis Produk
- Pembiayaan berjangka-i
Kelayakan
- Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang bermastautin di Negeri Pahang.
- Pemilik perniagaan milikan tunggal berumur antara 18 (semasa permohonan) hingga 65 tahun (semasa tamat pembiayaan).
- Perniagaan atau syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (atau mana-mana pindaan yang berkaitan).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Premis perniagaan mestilah beroperasi di Negeri Pahang.
- Usahawan berada di bawah naungan Jabatan Pertanian, Perikanan, Veterinar atau agensi kerajaan Negeri Pahang lain.
Bagi perkongsian:
- Salah seorang pemilik/rakan kongsi berumur 18 (semasa permohonan) hingga 65 tahun (semasa tamat pembiayaan).
- Semua rakan kongsi mestilah menjadi pelanggan bersama bagi pembiayaan tersebut.
- Rakan Kongsi utama dalam perkongsian mestilah rakyat Negeri Pahang.
Dokumen yang diperlukan
Sdn Bhd / Bhd:
- Penyata kewangan beraudit tidak melebihi dua puluh satu (21) bulan dari tarikh permohonan.
- Akaun pengurusan tahun semasa yang tidak melebihi 9 bulan, atau 6 bulan penyata bank terkini (boleh terima penyata 2 bulan dari tarikh permohonan).
Pemilik Tunggal / Perkongsian:
- Penyata bank 6 bulan terkini (melibatkan semua bank) dari tarikh permohonan (dua bulan dari tarikh permohonan juga diterima)
- Akaun pengurusan tidak melebihi 9 bulan; atau Penyerahan Cukai (Borang B/J).
Pengecualian bagi perniagaan kurang 12 bulan:
- Penyata bank 6 bulan terkini dari tarikh permohonan (2 bulan dari tarikh permohonan.
- Akaun pengurusan tidak melebihi 9 bulan dari tarikh permohonan.
Muat turun Lembaran Maklum Program (PDS)
Muat turun Soalan-soalan Lazim (FAQ)
Muat turun Risalah Program (akan datang)
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat