AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

PROGRAM – AGRO Penjaja Cashline-i.

Program ini menawarkan kemudahan Cash Line-i kepada usahawan mikro, khususnya bagi komuniti penjaja, bagi membantu usahawan mikro mengekalkan kelangsungan perniagaan kecil, terutama yang mempunyai akses terhad kepada pembiayaan formal. Melalui program ini, pembiayaan disediakan dalam bentuk kemudahan kredit pusingan (revolving credit facility) dengan had kredit tertentu, yang boleh digunakan sebagai tunai sedia ada melalui Kad Debit Agro-i (Perniagaan).

Kemudahan ini dapat membantu meningkatkan pengurusan kewangan penjaja dengan memastikan kecairan tunai mencukupi agar perniagaan dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan akibat kekurangan modal.

Konsep Shariah

  • Tawarruq
    Konsep Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.

Pembiayaan

Skop pembiayaan 
Pembiayaan meliputi keperluan modal kerja dan kos operasi seperti:

  • Pembelian stok atau bahan mentah,
  • Keperluan operasi harian,
  • Perbelanjaan kecil seperti pembungkusan dan alat tulis dan lain-lain kos berkaitan dengan perbelanjaan kecil perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum : RM1,000
  • Maksimum : RM5,000

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 5 Tahun (Berdasarkan semakan akaun secara tahunan)

Cagaran

  • Tiada cagaran diperlukan

Kadar Keuntungan

  • BFR + 2.5% p.a. ( Kadar BFR semasa adalah 6.5% setahun)*

[*Tertakluk kepada perubahan kadar BFR semasa.

Kelayakan

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Usahawan mikro seperti yang di definisikan oleh SME Corporation Malaysia.
  • Perniagaan didaftarkan di bawah:
  •  
  • 1. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, atau
    2. Pihak berkuasa berkaitan (Pihak berkuasa majlis, pihak berkuasa negeri atau badan berkanun) /Pejabat Daerah (Sabah & Sarawak).

  • Pemilikan tunggal atau perkongsian, pemilik berumur 21 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan boleh dibuktikan melalui dokumen sah.
  • Pemohon tidak disenarai hitam (AMLA/CFT watchlist atau carian berkaitan).
  • Tidak terlibat atau disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah/haram.

Dokumen yang diperlukan

 

  • Salinan kad pengenalan
  • Resit atau invois jualan untuk 6 bulan yang lalu; ATAU
  • Penyata akaun bank untuk 6 bulan yang lalu (tidak lebih daripada 2 bulan dari tarikh permohonan); ATAU
  • Borang penyata cukai pendapatan terkini dengan pengesahan resit daripada LHDN.