Program PRIMA ini menawarkan pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) bagi modal operasi atau pembelian aset tetap bagi meningkatkan daya saing perniagaan dalam bidang yang melibatkan ekonomi hijau, teknologi tinggi dalam pertanian dan pengeluaran makanan, serta pematuhan kepada keperluan industri halal.
Jaminan kewangan sehingga 80% (tertakluk kepada terma dan syarat) disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) untuk entiti perniagaan yang layak di bawah Skim Jaminan Kerajaan MADANI selaras dengan aspirasi MADANI.
Konsep Shariah
- Tawarruq
Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.
Kemudahan Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM100,000
- Maksimum: RM5,000,000
Tempoh Kemudahan
- Sehingga 10 Tahun*
Cagaran
- Tiada cagaran diperlukan
Skop Pembiayaan
- Membiayai modal operasi kerja dan/atau pembelian aset tetap atau pembangunan infrastruktur bagi perniagaan yang terlibat.
Kadar Keuntungan
- Serendah 3.75% p.a (Tertakluk pada kadar keuntungan dan ketersediaan dana yang bersesuaian)
Kelayakan
- Pemilikan tunggal, perkongsian, atau Sdn Bhd (sekurang-kurangnya 51% saham dikawal oleh warganegara Malaysia)
-
Pemohon mestilah berusia di antara 21 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
Dokumen yang diperlukan
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
- Penyata kewangan yang diaudit yang terkini;
- Ringkasan penyata akaun semasa bank bagi tempoh 6 bulan terkini
- Borang pengisytiharan pendapatan tahun terkini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Cth: Borang B / J / P); ATAU
- Management account untuk tahun terkini.
Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad
- Borang pengisytiharan pendapatan tahun terkini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Cth: Borang B / J / P);
- Ringkasan penyata akaun semasa bank bagi tempoh 6 bulan terkini
- Management account untuk tahun terkini
- Penyata kewangan yang diaudit yang terkini
- Lembaran Maklumat Produk (akan datang)
- Soalan - Soalan Lazim (akan datang)
- Tertakluk pada terma dan syarat