Mega Partners adalah satu inisiatif pemasaran yang diwujudkan oleh Agrobank bagi mempromosikan produk deposit berpandukan konsep keahlian, rujukan dan ganjaran melalui program Sahabat Agro.
KELAYAKAN
Terbuka kepada:
- Individu warganegara Malaysia, Residen Tetap dan Bukan Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Bukan Individu seperti, tapi tidak terhad kepada Pertubuhan/Persatuan/Kelab/Koperasi/ Perniagaan Tunggal/Perniagaan Perkongsian/Syarikat Didaftarkan/Sekolah/Masjid/Rumah Anak-anak Yatim
- Berumur 18 tahun ke atas
KELEBIHAN PROGRAM
- Ganjaran tinggi, sehingga 1.4% setahun
- Tiada risiko kewangan
- Pendapatan pasif setiap bulan
- Tiada had deposit
- Produk patuh syariah melalui konsep Hibah Mu’allaqah (Hibah Bersyarat)
- Boleh dijadikan inisiatif amal jariah