Program PINTAS adalah pembiayaan khas untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana bagi menyokong kelestarian dan makanan negara dan memberi fokus kepada inovasi dan teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan dan hasil pertanian. Program ini dilaksanakan melalui Dana Pembiayaan Agromakanan (DPA2025) & Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA 2025).
Konsep Syariah
- Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.
Kemudahan Pembiayaan
Skop pembiayaan
• Memberi keutamaan kepada sektor berteraskan ekonomi hijau dan teknologi tinggi dalam pertanian dan pengeluaran makanan.
• Membiayai penggunaan agroteknologi seperti mekanisasi, automasi, pertanian ketepatan, teknologi digital 4IR serta teknologi hijau bagi meningkatkan produktiviti.
Jumlah Pembiayaan
• DPA 2025: Minimum: RM10,000
• PMRNA 2025: Maksimum: RM5,000,000*
Margin Pembiayaan
• Sehingga 100% dari keseluruhan kos pelaburan
Tempoh Kemudahan
• Sehingga 10 Tahun (termasuk 6 Bulan penangguhan pembayaran)
Cagaran
• Tiada cagaran diperlukan
Kadar Keuntungan*
• 3% setahun berdasarkan baki bulanan
Jenis Produk
• Pembiayaan Berjangka-i
Kelayakan
- Perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) seperti pemilikan tunggal atau perkongsian liability terhad, atau Sdn Bhd dengan 51% saham milik warganegara Malaysia.
- Pemohon berusia di antara 18 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pejabat daerah di Sabah & Sarawak, badan berkanun, atau agensi yang diluluskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
- Pemohon tidak disenarai hitam atau terlibat dalam aktiviti jenayah.
Dokumen yang diperlukan
- Download Program Information Sheet (PDS) (Coming soon)
- Download Program Brochure
*Subject to Terms and Conditions
