Pemenang Bertuah Bawa Pulang Tesla Model Y Sempena Kempen Mega Million
Agrobank hari ini menganjurkan Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Million Pusingan 4 bertujuan untuk meraikan para pemenang bulanan (Julai, Ogos dan September 2024) dan pemenang Cabutan Pusingan 4. Dalam majlis yang sama, seorang pemenang bertuah turut membawa pulang sebuah kereta Tesla Model Y sebagai hadiah utama Kempen Mega Million 1.0.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “”Kempen Mega Million 1.0 telah mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan peningkatan positif dalam kebanyakan produk Agrobank yang terlibat, malah melepasi sasaran yang ditetapkan. Kempen ini berjaya mencatatkan pembukaan lebih 54,000 akaun baharu dengan nilai deposit melebihi RM290 juta.”
“Berikutan kejayaan ini, Agrobank berbesar hati untuk meneruskan Kempen Mega Million 2.0
yang telah berlangsung dari 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2025 dengan sasaran penyertaan melebihi 50,000 peserta. Kempen Mega Million 2.0 menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuk kenderaan Mitsubishi Xpander, Proton S70 dan Perodua Myvi untuk cabutan bulanan. Lebih mengujakan, sebuah Ford Ranger Raptor turut ditawarkan sebagai hadiah utama kepada pemenang bertuah dalam cabutan utama kempen ini.”
Kempen Mega Million yang melibatkan produk-produk komprehensif termasuk AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Penulisan Wasiat, dan Motor Takaful merupakan inisiatif Agrobank dalam memberi penghargaan kepada para pelanggan kami. Selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan, kempen ini turut menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang bijak melalui budaya menabung untuk masa hadapan. Produk-produk yang ditawarkan telah direka khusus untuk memenuhi keperluan kewangan pelbagai peringkat kehidupan, merangkumi perkhidmatan simpanan, perlindungan, dan pembiayaan – sama ada untuk individu mahupun keluarga.