AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Menangi Anugerah Public Service Resilience Champion di Public Sector Day Malaysia 2025 Anjuran AWS & GovInsider



Agrobank, sebuah bank peneraju pembangunan pertanian di Malaysia, telah merima pengiktirafan Public Service Resilience Champion sempena Public Sector Day Malaysia 2025 anjuran AWS & GovInsider. Majlis penganugerahan ini diadakan semasa Public Sector Day Malaysia Innovation Awards 2025, iaitu acara kemuncak yang berlangsung pada 15 April 2025 di Le Meridien Putrajaya.

Pengiktirafan ini meraikan pencapaian cemerlang Agrobank dalam perolehan infrastruktur dan perkhidmatan platform awan awam. Perkhidmatan ini mendemonstrasikan ketahanan dan inovasi luar biasa Agrobank dalam penggunaan pengkomputeran awan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dalam sektor pertanian negara.

En. Mohamad Taufik Mahamad Zakaria, selaku Ketua Pegawai Strategi Agrobank amat berbesar hati menerima anugerah tersebut bagi pihak bank. Pengiktirafan ini membuktikan usaha Agrobank dalam mengadaptasi, melaksanakan dan memodenkan perkhidmatan infrastruktur platform awan awam. Infrastruktur ini bertumpukan kepada keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan di samping membolehkan integrasi sistem keupayaan awan dan peningkatan kemahiran kakitangan.

Menurut En. Mohamad Taufik, “Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi kami dalam mengadaptasi infrastruktur awan awam secara strategik untuk menyokong komuniti pertanian di Malaysia dengan lebih baik. Inisiatif ini turut membolehkan kami bertindak dengan lebih cekap, responsif dan efektif dalam memenuhi mandat kami.”

Public Sector Day anjuran AWS & GovInsider Malaysia mengumpulkan para pemimpin dan pencipta-pencipta inovasi dari seluruh sektor awam Malaysia untuk meneroka trend terkini dan kaedah terbaik untuk transformasi digital. Anugerah Public Sector Innovation ini mengiktiraf sektor awam yang telah menunjukkan inovasi dan impak luar biasa dalam bidang masing-masing.

Penganugerahan Agrobank dalam kategori Public Service Resilience Champion menunjukkan pendekatan proaktif bank dalam membina infrastruktur yang kukuh dan bersedia meghadapi cabaran masa depan. Infrastruktur ini disesuaikan dengan keperluan sektor pertanian yang sentiasa berkembang dan menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara.

Kerjasama strategik antara Agrobank dan AWS dalam penggunaan awan awam telah membuka jalan kepada bank untuk mempercepatkan pengadaptasian keupayaan digital baharu seperti Kecerdasan Buatan Generatif (AI), Financial Super App, Tandatangan Digital, Platform Data Pelanggan dan lain-lain. AWS juga menyokong Agrobank dalam penerapan keupayaan digital baharu dengan menyediakan program peningkatan kemahiran penggunaan pengkomputeran awan, perkhidmatan nasihat teknikal dan kredit bukti konsep (POC).