AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Tawar Perlindungan Tambahan Melalui Kempen Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka 2025



Agrobank hari ini melancarkan Kempen Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka yang akan bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September 2025.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Bersempena Bulan Kemerdekaan, Agrobank melancarkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka yang menampilkan rekaan khas dengan elemen visual rasmi Malaysia dan bercirikan semangat patriotik. Keistimewaan kad edisi khas ini terletak pada perlindungan komprehensif yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik.Pelanggan akan menerima manfaat tambahan seperti kecederaan akibat ragut serta caj ambulans, dengan sumbangan takaful minimum RM108 setahun.”

Beliau turut menambah, “Kempen Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka ini turut meningkatkan peluang para pelanggan untuk meraih ganjaran menarik menerusi Kempen Mega Million 2.0 yang sedang berlangsung, di mana seramai 100 orang pelanggan bertuah berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM250,000.00. Tambahan pula, dengan melanggan Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka dan menggabungkannya dengan produk deposit AgroPrimaS di bawah Kempen Mega Million 2.0, pelanggan akan menerima mata penyertaan tambahan, yang meningkatkan peluang mereka untuk memenangi cabutan bulanan sebuah kereta atau hadiah utama berupa Ford Ranger Raptor.”

“Istimewa sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, pelanggan yang melanggan Kad Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos 2025.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka. Dapatkan maklumat lanjut di www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan.