AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Tawar Bantuan Banjir Kepada Pelanggannya



KUALA LUMPUR – Agrobank telah mengumumkan program Bantuan Banjir yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelanggannya yang terkesan akibat banjir.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank mengatakan Bank telah mengikuti berita terkini mengenai situasi banjir di semua kawasan yang terjejas di seluruh negara, dan akan mengambil langkah proaktif dalam membantu para pelanggannya untuk mengurangkan beban kewangan mereka yang terkesan kerana musibah banjir.

“Kami sangat prihatin terhadap kesulitan yang sedang dihadapi oleh komuniti agro yang terkesan oleh situasi semasa dan kami memahami bahawa mereka mempunyai keutamaan dan keperluan kewangan lain yang lebih mendesak pada masa ini.”

“Kami berharap melalui program Bantuan Banjir yang ditawarkan oleh Agrobank ini dapat meredakan kegusaran akan komitmen kewangan dalam tempoh yang sukar ini dan sekaligus dapat membantu mereka untuk meneruskan rutin normal mereka secepat mungkin,” tambah beliau.

Bantuan tersebut meliputi penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan (R&R) serta penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan dan akan dinilai berdasarkan kes mengikut kes.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik Agrobank, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di 1300 88 2476 atau e-mel customer@agrobank.com.my atau menghubungi pegawai perhubungan atau cawangan masing-masing, atau layari www.agrobank.com.my