AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Melancarkan Langkah untuk Membantu Perniagaan Untuk Menangani Impak Wabak Koronavirus



KUALA LUMPUR – Agrobank telah melancarkan langkah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana dalam industri pertanian untuk menangani kesan wabak koronavirus terhadap kewangan mereka.

Ini adalah reaksi kepada penganalisis kewangan dan syarikat penarafan yang memberi amaran kepada ketidaktentuan pasaran dalam ekonomi global.

Penanggun Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (P/CEO) Khadijah Iskandar berkata, “Kami menghargai hubungan jangka panjang kami dengan pelanggan dan sentiasa bekerja rapat dengan mereka untuk menyokong keperluan kewangan mereka dalam keadaan yang berbeza. Kami akan bekerjasama dengan mereka untuk menyemak keadaan semasa mereka dan mengenal pasti penyelesaian yang sesuai.”

“Di samping itu, kami akan menawarkan langkah penangguhan sementara untuk membantu pelanggan kami. Langkah penangguhan sementara ini bergantung kepada keperluan perniagaan mereka dan akan ditentukan berdasarkan kepada kes semasa mereka,” tambahnya.

“Kami percaya langkah-langkah ini akan membantu mengurangkan tekanan kewangan pelanggan kami yang terkesan oleh wabak ini dan sekaligus dapat membantu mereka melalui waktu yang sukar ini,” katanya lagi.

Agrobank telah mengekalkan dialog berterusan dengan perniagaan untuk memahami bagaimana keadaan ekonomi mungkin mempengaruhi keadaan kewangan mereka.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan pelanggan bank di 1-300-88-2476 atau kunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut akan bantuan yang boleh diberikan.