AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Perkukuh Sektor Akuakultur Menerusi Program Aquaculture Aspire Agrobank 2025



Agrobank hari ini menganjurkan simbolik pelepasan anak ikan talipia bagi Program Aquaculture Aspire Agrobank di SMK Meranti yang disempurnakan oleh Tuan Mohd Hassany bin Hashim, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Kelantan.

Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, “Program Aquaculture Aspire anjuran Agrobank menampilkan pendekatan yang unik dan berinovasi melalui penggunaan teknologi bioflok yang mesra alam untuk penternakan ikan Tilapia. Teknologi ini membolehkan pengurangan penggunaan air dalam sistem ternakan, di samping meningkatkan mutu kualiti air dengan mewujudkan ekosistem yang optimum untuk pembiakan ikan yang lebih efisien.”

Beliau turut berkata, “Program ini bukan sahaja menyokong pembangunan sektor akuakultur tempatan, malah menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara melalui pengeluaran makanan yang mampan.”

“Melalui program ini, Agrobank berhasrat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggabungkan teori dan amali di luar bilik darjah, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk meneroka bakat yang berpotensi membentuk kerjaya masa depan. Di peringkat sekolah, aktiviti ini juga berpotensi menjadi inisiatif keusahawanan yang dapat menjana pendapatan untuk menyokong perkembangan ekonomi sekolah bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran lain.”

Di majlis yang sama Agrobank turut meyampaikan sumbangan peralatan Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program Aquaculture Aspire dilaksanakan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM140,000 menampilkan pendekatan yang unik dan berinovasi melalui penggunaan teknologi bioflok yang mesra alam untuk penternakan ikan tilapia melibatkan 200 orang pelajar termasuk pelajar pendidikan khas.