AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Tawar Hadiah Bernilai RM1.4 Juta Menerusi Dua Kempen Cabutan Bertuah Sepanjang Tahun 2020/2021



KUALA LUMPUR – Agrobank mengumumkan pemenang hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah RM1.42 juta menerusi Kempen Kita-Kita Aje 3 (KKA 3) dan Program Sahabat Agro 2020 yang berlangsung selama 12 bulan di antara tahun 2020 dan 2021.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, kedua-dua kempen tersebut dibuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank di seluruh negara, di mana peserta kempen hanya perlu mengekalkan jumlah deposit serendah RM500 menerusi produk AgroPrimaS sepanjang tempoh kempen.

“Kempen Kita-kita Aje dan Program Sahabat Agro telah menjadi ‘signature campaign’ bagi Agrobank sejak dilancarkan pada tahun 2016 dan 2018. Kedua-dua kempen ini merupakan tawaran istimewa bagi para pendeposit Agrobank dengan peluang memenangi pelbagai hadiah lumayan yang berbentuk ganjaran bulanan (Sahabat Agro) dan hadiah cabutan bertuah (KKA).

“Sepanjang tempoh kempen, kami telah menerima sebanyak 73,908 akaun penyertaan dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM173 juta bagi KKA 3 berbanding 60,000 akaun pada tahun sebelumnya. Manakala bagi Sahabat Agro (Kategori Simpan dan Menang), kami menerima penyertaan daripada 44,788 akaun dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM14.5 juta,” katanya pada Majlis Cabutan Hadiah Perdana Kempen Kita-Kita Aje 3 dan Program Sahabat Agro 2020 yang diadakan secara maya di laman FB Live Agrobank pada Rabu.

Beliau berkata, kempen KKA Agrobank telah diolah dengan sewajarnya agar pelanggan Agrobank di kawasan luar bandar turut berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi kategori Cabutan Setempat yang dibuka kepada semua pelanggan di 137 cawangan Agrobank di seluruh negara.

Pada tahun ini, seramai 1,096 orang pemenang bakal diumum bagi Kategori Cabutan Setempat dengan lapan (8) orang pemenang bertuah daripada setiap cawangan berpeluang untuk memenangi Hadiah Wang Tunai sebanyak RM500 dan RM1,000.

“Jika dinilai cara kempen ini diolah, pastinya kami amat menitik beratkan keperluan semasa pelanggan dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Contohnya bagi Kategori Hadiah Perdana kempen KKA 3, ia telah dibahagikan kepada kategori Umum dan Junior dengan nilai Hadiah Wang Tunai keseluruhan berjumlah RM600,000 yang akan dikongsi oleh lima orang pemenang bagi setiap kategori.”

Menurut Khadijah, kedua-dua kempen ini merupakan inisiatif Agrobank dan sebagai galakan untuk mendidik komuniti agro khususnya di kalangan pelanggan Agrobank, akan kepentingan membuat simpanan untuk keperluan masa hadapan dan juga kegunaan di waktu kecemasan seperti sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi ketika ini.

“Wang tunai bulanan yang dimenangi pastinya akan dapat membantu mereka menghadapi pelbagai situasi semasa seperti masalah kewangan, sama ada ia boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan harian khususnya bagi mereka yang terputus sumber pendapatan atau digunakan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah punca pendapatan mereka,” katanya.

Kempen KKA 3 yang berlangsung dari 1 Ogos 2020 sehingga 31 Julai 2021 ini merupakan tahun ketiga penganjuran Kempen KKA yang menawarkan hadiah menarik bagi Kategori Cabutan Perdana termasuk hadiah Wang Bulanan berjumlah RM4,000 dan Wang Bulanan (Dana Pendidikan) sebanyak RM1,000 selama dua (2) tahun.

Manakala bagi Program Sahabat Agro 2020-Kategori Simpan dan Menang yang berlangsung dari 15 Jun 2020 hingga 15 Jun 2021, menawarkan hadiah berbentuk motosikal Yamaha Y15ZR, Pakej Umrah/Percutian atau Hadiah Wang Tunai sebanyak RM8,000, telefon pintar – iPhone 12 Pro Max, Baucar Habib Jewels dan 10g Wafer Emas.

SENARAI PEMENANG

Senarai Pemenang bagi ‘Kempen Kita-Kita Aje 3 (KKA 3)’ dan ‘Program Sahabat Agro 2020’ adalah seperti berikut:

KEMPEN KITA-KITA AJE 3 (KKA 3)

Pemenang Utama Kategori Umum KKA 3 – RM 4,000 setiap bulan selama dua tahun

  1. Blue Ocean Global Sdn Bhd
  2. Raymond Chaw Vui Vun
  3. Tajuddin Bin Mohidin
  4. Narija Binti Abdul Halim
  5. Hai O Fishery

 

Pemenang Utama Kategori Junior KKA 3 – RM 1,000 setiap bulan selama dua tahun

  1. Farizam Binti Mohd Noor
  2. Azura Binti Ahmed
  3. Rohani Binti Yusoff
  4. Rusle Bin Zainol
  5. Asman Bin Ismail

 

KEMPEN SAHABAT AGRO 2020

10g Wafer Emas

  1. Nurhazrin Binti Sabarudin
  2. Nor Faizah Binti Ali

 

Baucar Habib Jewel bernilai RM4,000

  1. Mohd Amizol Bin Mohd Yusof
  2. Sharuddin Bin Abdul Jabar

 

 iPhone 12 Pro Max 256GB

  1. Wan Noor Aziatun Azni Bt Mohd Rahim
  2. Alias Bin Sulong

 

Pakej Percutian/Umrah atau Wang Tunai bernilai RM 8,000

  1. Wan Muhd Faizal Rizza Bin Mohd Rahim
  2. Che Wan Mohd Suhaimi Bin C.W. Ahmad

 

 Motosikal Yamaha Y15ZR (2019)

  1. Siti Mawarni Binti Abbas
  2. Noraiyati Binti Ab Aziz