Anugerah Media Agrobank Iktiraf Hasil Karya Cemerlang 16 Orang Pengamal Media
Agrobank hari ini menobatkan 16 orang pengamal media di seluruh negara melalui Anugerah Media Agrobank 2024/2025 yang telah berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Majlis berprestij ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen para wartawan dan pengamal media yang telah memberi sumbangan dalam menyampaikan maklumat yang berkualiti berkenaan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP), Agrobank amat menghargai rakan-rakan media yang sentiasa menyokong, melaporkan dengan berintegriti, dan menjadi jambatan penghubung antara syarikat dan masyarakat. Media memainkan peranan penting dalam memperkasa naratif positif berkenaan pertanian moden, keterjaminan makanan dan pelbagai inisiatif kerajaan dalam membangunkan sektor ini.”
Terdahulu, Agrobank melancarkan Pesona AI yang dikenali sebagai “Siti,” sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital dalam sektor perbankan. Siti berfungsi sebagai pesona yang memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat perbankan dengan lebih pantas dan efisien. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Agrobank untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta memperkukuh kecekapan perkhidmatan dalam era digital, selari dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan pelanggan masa kini.
Majlis Anugerah Media Agrobank turut menyaksikan pelancaran Agro Biz Awards 2025, sebuah anugerah berprestij bertujuan menghargai kecemerlangan dan sumbangan luar biasa pemain industri komuniti tani dalam memperkukuh agenda keselamatan makanan negara. Penyertaan bagi Agro Biz Awards 2025 akan dibuka mulai 16 Jun 2025. Anugerah ini mempetaruhkan lima (5) kategori utama, iaitu:
• Agrobank SME of the Year
• Agrobank Biz Women Award
• Agrobank Biz Youth Award
• Agrobank Biz Innovation Award
• Agrobank Biz Disability Empowerment Award
“Sebagai penyedia penyelesaian kewangan, Agrobank amat berbesar hati untuk memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan pemain industri komuniti tani yang menyumbang kepada sektor pertanian, perikanan, perladangan, penternakan serta bidang-bidang berkaitan dengan keseluruhan rantaian makanan. Selain itu, Agro Biz Awards 2025 turut menampilkan kategori khas untuk golongan wanita, belia dan individu kelainan upaya sebagai tanda komitmen terhadap keterangkuman (inclusivity), agar semua lapisan masyarakat diberi peluang dan pengiktirafan untuk memajukan sektor agromakanan negara,” tambah beliau.
Majlis yang bertemakan Artificial Intelligence (AI) telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamutetamu kehormat termasuk Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketia Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Yong Soo Heong, Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Encik Ainol Amriz Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), dan Kamaruddin Mape, Pengurus Besar, On Air Presentation (OAP), Divisyen NCA.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari platform media sosial rasmi Agrobank dan laman sesawang www.agrobank.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Agrobank di 1-300-88-2476.