AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lancar Kad Istimewa Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2022 – Bantu B40 Miliki Pelan Perlindungan Takaful Mampu Milik



SERDANG, SELANGOR – Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab dalam menyokong pembangunan komuniti yang kurang mendapat liputan dan perhatian, Agrobank terus memainkan peranannya dalam memastikan komuniti ini terus dilindungi dengan pelan perlindungan takaful.

Sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022), Agrobank hari ini melancarkan kad istimewa untuk MAHA 2022 yang dikenali sebagai Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2022*, iaitu satu pelan perlindungan yang direka khas bagi membantu segmen masyarakat yang berpendapatan rendah berumur dari 15 hari sehingga 75 tahun. Majlis Pelancaran Kad Istimewa Takaful Kasih Plus MAHA 2022 ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan sambil disaksikan oleh Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank ketika lawatan media MAHA 2022 di MAEPS, Serdang.  

Takaful Kasih Plus yang mula diperkenal pada tahun 2008 adalah sebuah pelan pelindungan takaful kemalangan diri yang menawarkan manfaat berikut:

MANFAAT / PELAN

TKP 1 (RM)

TKP 2 (RM)

TKP 3 (RM)

TKP 4 (RM)

TKP 5 (RM)

TKP 6 (RM)

Kematian akibat kemalangan

10,000.00

20,000.00

50,000.00

100,000.00

200,000.00

300,000.00

Keilatan kekal

10,000.00

20,000.00

50,000.00

100,000.00

200,000.00

300,000.00

Perbelanjaan Pengebumian

1,000.00

2,000.00

3,000.00

4,000.00

5,000.00

6,000.00

Rawatan Perubatan (setahun)

600.00

1,500.00

2,500.00

3,000.00

3,500.00

4,000.00

Elaun Tunai Wad (Maksimum 30 hari)

10.00 (sehari)

20.00 (sehari)

30.00 (sehari)

50.00 (sehari)

100.00 (sehari)

150.00 (sehari)

Sumbangan Takaful (termasuk caj 6% SST)

10.60

21.20

53.00

106.00

212.00

318.00

Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, “Kami percaya rangkuman kewangan adalah agen yang kukuh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang stabil serta terangkum terutamanya untuk memperkasakan individu dan komuniti bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kepercayaan inilah yang mendorong kami untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan kewangan yang mampu dimiliki tertutamanya kepada komuniti yang kurang mendapat liputan dan perhatian.”

“Dalam usaha untuk memperkasakan komuniti ini, Agrobank telah memperkenalkan pelbagai pelan perlindungan takaful dan program-program pembiayaan termasuklah Takaful Kasih Plus ini sendiri. Dengan premium serendah RM10.60 (termasuk caj 6% SST) setahun, produk takaful ini mampu dimiliki serta merupakan alternatif kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan perlindungan takaful, khususnya golongan 40% terbawah bagi isi rumah (B40),” kata Tengku Ahmad Badli Shah.

“B40 merupakan kumpulan yang paling terkesan kepada ketidaktentuan ekonomi kerana mereka tidak memiliki perlindungan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kebarangkalian di masa hadapan.  Oleh itu, menerusi manfaat yang ditawarkan produk Takaful Kasih Plus ini, saya berharap agar pelan perlindugan takaful ini mampu membantu memberikan perlindungan kepada mereka terutamanya dalam waktu yang sukar,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

Beliau berkata, “Dengan jangkaan jumlah pengunjung seramai 1.1 juta di MAHA 2022, pameran ini digunakan Agrobank sebagai platform bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pelan perlindungan takaful.  Eksklusifnya pada MAHA 2022, Agrobank akan turut memperkenalkan kad khas Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2022 untuk pengunjung yang mendaftar.  Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang kepentingan pelan perlindungan takaful.”

“Melalui pakej mampu milik yang ditawarkan di bawah pelan Takaful Kasih Plus, kami berharap lebih ramai masyarakat akan mendapat manfaat daripada pelan perlindungan ini sekali gus bertindak sebagai jaringan keselamatan kewangan untuk menghadapi waktu sukar dan memastikan mereka dilindungi sekiranya sesuatu yang dijangka berlaku,” kata Tengku Ahmad Badli Shah.

“Sejak pelancaran Takaful Kasih Plus pada 2008, pelan perlindungan takaful ini diterima ramai rakyat Malaysia di mana lebih daripada 200,000 pelanggan telah melanggan pelan ini setiap tahun,” tambah beliau.

Mengulas mengenai kad edisi khas Takaful Kasih Plus untuk MAHA 2022, Azman Md Isa, Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank berkata, “Kad edisi khas ini direka khas untuk pengunjung MAHA 2022 dan ia boleh dipohon di tapak pameran Agrobank, Dewan A, MAHA 2022 bermula dari 4 – 14 Ogos 2022”.

Untuk maklumat lanjut tentang Takaful Kasih Plus, sila layari laman web Agrobank di www.agrobank.com.my.

*Tertakluk kepada terma & syarat