AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lancar Bulan PKS 2020



KUALA LUMPUR – Agrobank telah mengumumkan bulan Jun sebagai Bulan PKS Agrobank 2020. Inisiatif ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan dan sumbangan besar komuniti PKS terutamanya pengusaha dalam bidang perniagaan agro (agropreneurs) kepada sumber pendapatan, masyarakat dan ekonomi. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa seperti yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 27 Jun setiap tahun.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata “PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi kita di Malaysia. Agrobank percaya kita perlu menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia dan sekaligus menyoroti bagaimana PKS menangani perubahan landskap perniagaan.”

“Pandemik COVID-19 menjadikan kita lebih menghargai bekalan makanan dan memberi perhatian akan pentingnya jaminan keselamatan makanan. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih baik bagaimana pelanggan PKS kami dalam rantaian bekalan makanan menghadapi lanskap perniagaan ‘normal’ baru.”

Program ini akan berjalan sepanjang bulan Jun, dan akan menjadi platform untuk pihak bank lebih memahami keperluan pelanggan PKS dan sekaligus menyokong pengembangan perniagaan mereka secara berterusan.

Sepanjang bulan ini, Agrobank akan menyoroti kejayaan perniagaan agro PKS yang berjaya, video mengenai bagaimana PKS dalam perniagaan agro dapat menghadapi perubahan yang berlaku sepanjang tempoh COVID-19, sesi bimbingan untuk usahawan, forum dan promosi produk yang berkaitan dengan PKS.

Khadijah menambah, walaupun Bulan PKS hanya untuk jangka waktu satu bulan, usaha dan inisiatif berterusan akan dilakukan sepanjang tahun untuk memastikan pelanggan PKS mereka mendapat manfaat daripada pelbagai program dan produk /perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank itu pada bila-bila masa.