AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agro Farah-i: Agrobank Dorong Lebih Ramai Wanita Bijak Urus Kewangan Melalui Simpanan



KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac, Agrobank hari ini mengumumkan produk simpanan terbaharu, khusus untuk semua wanita berumur 18 tahun ke atas yang dikenali Agro Farah-i.

Pelancaran Agro Farah-i adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank untuk menyokong pemerkasaan wanita dan simbolik penghargaan terhadap golongan wanita di Malaysia. Farah yang membawa maksud kebahagiaan dalam bahasa Arab dipilih sebagai nama produk ini untuk melambangkan wanita yang berkarisma dan berwawasan, pintar menguruskan kewangan, dan turut membawa kebahagiaan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Menurut Dato’ Mustapha Buang, Pengerusi Agrobank, di acara pelancaran Agro Farah-i yang dipancarkan secara maya di Facebook LIVE Agrobank pada tengahari ini berkata, keunikan produk ini terletak pada unsur hibah yang dikongsi untuk setiap akaun yang telah ditandakan kepada akaun Agro Farah-i, sama ada akaun suami atau anak.

“Ciri unik ini adalah untuk mendorong lebih ramai golongan wanita untuk mempunyai simpanan yang banyak dan dalam masa yang sama mereka turut diberikan ganjaran bersama. Dengan deposit minimum RM50 sahaja, ia turut membolehkan golongan wanita memulakan simpanan dengan jumlah yang kecil dan seterusnya mendapat lebih banyak ganjaran dengan pertambahan simpanan dari semasa ke semasa pada masa akan datang.”

“Kami percaya dengan mendorong golongan wanita untuk menggunakan kemahiran kewangan pintar melalui simpanan, ia dapat memberikan mereka salah satu kemahiran yang bermanfaat untuk membina kehidupan yang lebih baik, samada bagi diri mereka sendiri, keluarga, mahupun komuniti mereka dalam jangka panjang kerana pengurusan simpanan merupakan salah satu ciri utama dalam pengurusan kewangan yang baik”, kata Mustapha.

Beliau turut menambah, “Agro Farah-i telah diperkenalkan pada bulan Julai 2020 dan setakat 15 Februari 2021, sebanyak 1,870 pembukaan akaun telah dicatat dengan jumlah nilai simpanan berjumlah RM2,971,100.78 juta. Ini adalah bukti sambutan yang menggalakkan bagi produk simpanan ini walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.”

Sejajar dengan mandat Agrobank untuk memperkasakan komuniti yang kurang mendapat liputan dan terpinggir, Agrobank terus komited untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kumpulan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), belia dan lain-lain.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Agro Farah-i, sila layari laman web Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami di 1300 88 2476 atau kunjungi cawangan Agrobank.

Nota: Majlis Pelancaran Agro Farah-i boleh ditonton di FB Live Agrobank.