AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Umum Inisiatif Kewangan Bantu PKS



KUALA LUMPUR – Dalam pada negara berdepan gelombang kedua penularan wabak COVID-19, Agrobank mengumumkan beberapa langkah dalam membantu pelanggan termasuk inisiatif yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat  pandemik COVID-19.

 

Moratorium

Agrobank menawarkan moratorium segera sehingga enam (6) bulan untuk pembayaraan bulanan pembiayaan kepada pelanggan sedia ada.

Agrobank juga akan mengambil kira permintaan pelanggan yang terjejas untuk menjadualkan semula pembayaran balik pembiayaan, sebagai langkah menyusun semula aliran tunai mereka.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Memandangkan situasi semasa berkaitan penularan wabak Covid-19, Agrobank secara proaktif menyediakan beberapa inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan bagi memulihkan perniagaan PKS yang terkesan daripada pandemik COVID-19 ini.”

 

Kemudahan Bantuan Khas (SRF)

Selain Program Penangguhan Pembiayaan (Moratorium), Agrobank melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyediakan Kemudahan Bantuan Khas bernilai RM2 bilion yang akan digunakan dalam bentuk modal kerja untuk membantu PKS menangani impak COVID-19.

Ini penting bagi PKS terutamanya dalam sektor pertanian dan agromakanan untuk meneruskan operasi perniagaan mereka dan juga mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek.

“Melalui program ini, Agrobank akan menyediakan kemudahan pembiayaan bebas cagaran sehingga RM1 juta bagi setiap PKS dengan kadar keuntungan yang kompetitif yang dihadkan pada 3.75% setahun. PKS yang layak boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan ini dengan Agrobank untuk tempoh sehingga 5.5 tahun, termasuk tempoh penangguhan bayaran selama 6 bulan,” tambah Khadijah.

 

Sokongan Lain Dibawah Pakej Rangsangan 2020

Selain dua kemudahan khas di atas, Agrobank juga menawarkan kemudahan pembiayaan lain di bawah Pakej Rangsangan 2020 yang di umumkan baru-baru ini seperti Kemudahan Agrofood (AF) berjumlah RM1 bilion serta Kemudahan Automasi dan Digitalisasi SME (ADF) bernilai RM300 juta. Kedua-dua AF dan ADF ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada PKS dalam menangani situasi ekonomi yg mencabar.

“Kami terus memantau perkembangan COVID-19 dan sentiasa bersedia untuk menyokong para pelanggan Agrobank dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang terbaik terutama pada masa sukar ini. Pegawai kami yang berurusan secara langsung dengan para pelanggan dilatih untuk mengenal pasti, membantu dan memberikan mereka sokongan kewangan yang tepat untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka yang unik, “kata Khadijah.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Agrobank di 1-300-88-2476 atau mengunjungi cawangan terdekat.