AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025

Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, bermula dari 1 hingga 3 Ogos. Acara ini bertujuan untuk meraikan wira-wira makanan negara dan memberikan platform kepada peladang, penternak, dan nelayan untuk mempamerkan produk mereka.

HPPNK merupakan acara berprestij anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya yang akan menghimpunkan warga peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara bagi meraikan sumbangan mereka dalam memastikan kecukupan dan keterjaminan makanan serta memacu pembangunan sektor agro makanan negara. Sambutan HPPNK pada kali ini mengangkat tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’ yang menggambarkan semangat dan tanggungjawab para peladang, penternak dan nelayan dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan negara dalam memastikan keselamatan makanan negara untuk kesejahteraan rakyat.

Senarai aktiviti

Gegarkan HPPNK bersama Agrobank

  • Cabutan Bertuah (akan dilakukan pada 2 hingga 3 Ogos sahaja)
  • Selawat Perdana HPPNK 2025 (menampilkan Kumpulan Inteam dan Ustaz Nazrey Johani)
  • AGROride HPPNK 2025 (12KM Fun ride) 
  • Bank Bergerak  Inisiatif (BBI) Agrobank

Selawat Perdana

AGROride