Program Kediaman Mampu Milik-i (PKMM-i) adalah merupakan kemudahan pembiayaan perumahan untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia di kawasan pertanian untuk memiliki rumah pertama terutama yang tidak mempunyai pendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil.
Konsep Syariah
- Konsep syariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli komoditi daripada Bank pada Harga Jualan (Harga kos ditambah keuntungan) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai.
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM30,000.00
- Maksimum: RM500,000.00 *Tertakluk kepada kelayakan dan margin pembiayaan.
Tempoh Kemudahan
- Tempoh bayaran pembiayaan selama 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun (mengikut mana-mana yang terdahulu).
Cagaran
- Bercagaran penuh iaitu 100% daripada nilai hartanah tersebut dengan geran individu.
Skop Pembiayaan
- Bagi menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada pelanggan yang berkelayakan di bawah projek dan skim perumahan mampu milik yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan.
Tempoh Kemudahan
- Had pembiayaan sehingga RM500,000.00 (termasuk perlindungan Takaful, yuran guaman dan kos lain-lain).
- Tempoh bayaran pembiayaan selama 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun pada tarikh matang pembiayaan, mengikut mana-mana yang terdahulu.
- Pendapatan minima sebanyak RM1,000.00.
- Hanya untuk rumah pertama.
- Rumah siap dibina dan mempunyai CCC (Certificate of Completion & Compliance).
- Permohonan hendaklah melengkapkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Rumahku online module.
Dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan lengkap.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Surat Tawaran beli rumah daripada agensi atau Perjanjian Jual Beli daripada pemaju.
- Slip gaji enam (6) bulan dan pengesahan majikan.
- Pengesahan pendapatan dari agensi, pegawai kerajaan kategori kumpulan A, penghulu (bagi yang tiada pendapatan tetap).
- Sijil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) e-learning.
- Mengisi borang Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Fire Long-Term Houseowner Takaful (LTHOT).