AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

PROGRAM – Pembiayaan BERNAS

Program BERNAS PP merupakan program yang menyediakan kemudahan pembiayaan modal kerja kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik dan didaftar oleh BERNAS bagi menguruskan operasi penanaman dan pengurusan hasil untuk pesawah-pesawah yang membekalkan padi kepada kilang-kilang beras BERNAS.

Konsep Shariah

  • Tawarruq
    Konsep syariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli Komoditi daripada Bank pada penambahan harga jualan (Harga Jualan Bank) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai.

Kemudahan Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM500,000

Kadar Keuntungan

  • 4% setahun di kira atas baki bulanan

Tempoh Kemudahan

  • Tidak melebihi 60 bulan (5 tahun)

Tempoh Kredit

  • Tempoh kredit sehingga 6 bulan

Cagaran

  • Tiada cagaran diperlukan

Skop Pembiayaan

  • Kos pembelian benih, baja, racun kawalan, dan penjagaan sawah.
  • Kos penyediaan sawah dan penggunaan jentera.
  • Kos penuaian dan penghantaran hasil ke kilang BERNAS.
  • Yuran pengurusan kepada penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan pengurusan operasi sawah.

Kelayakan

a) Warganegara Malaysia;

b) Pemohon berusia diantara 18 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 60 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan);

c) Perniagaan Penyedia Perkhidmatan hendaklah didaftar atau diperbadankan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

d) Merupakan penyedia perkhidmatan yang didaftarkan dibawah BERNAS;

Dokumen yang diperlukan

 

  • Surat lantikan sebagai penyedia perkhidmatan dari BERNAS;
  • Surat pengesahan BERNAS untuk butiran jumlah kawasan operasi termasuk bilangan petani dan kawasan operasi atau sebarang permintaan dokumen berkaitan oleh pihak bank dari semasa ke semasa;
  • Penyata Bank enam (6) bulan terkini (dengan semua akaun Bank yang aktif) dari tarikh permohonan pembiayaan (2 bulan dari tarikh permohonan pembiayaan diterima);
  • Bagi syarikat Sdn Bhd, dikehendaki mengemukakan akaun yang telah diaudit tidak melebihi 21 bulan dari tarikh permohonan.

Lembaran Maklumat Produk

Soalan - Soalan Lazim

Muat turun Risalah BERNAS