AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Western Union

Perkhidmatan Pemindahan Wang Western Union

(Individu ke individu)

Syarikat Western Union (NYSE: WU) adalah pemimpin global dalam penghantaran wang merentas sempadan dan antara matawang. WU omnichannel menghubungkan dunia digital dan fizikal dan membolehkan pengguna dan perniagaan menghantar dan menerima wang dan membuat bayaran dengan pantas, mudah, dan dipercayai. Sehingga 30 Jun, 2018, rangkaian WU menyediakan lebih daripada 550,000 lokasi ejen runcit yang menawarkan perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo atau Orlandi Valuta di lebih daripada 200 negara dan wilayah, dengan keupayaan untuk menghantar wang kepada berbilion akaun. Pada tahun 2017, WU telah memindahkan lebih daripada $300 bilion jumlah prinsipal dalam hampir 130 matawang dan memproses 32 transaksi setiap saat di semua perkhidmatannya. Dengan jangkauan globalnya, Western Union menggerakkan wang untuk kebaikkan, menghubungkan keluarga, rakan dan perniagaan untuk membolehkan kemasukan kewangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.westernunion.com.

Boleh didapati di 174 cawangan Agrobank diseluruh Malaysia.

Money in Minutes service (Menerima Tunai)

  • Pergi ke cawangan Agrobank yang terdekat.
  • Lengkapkan bahagian borang Send Money dan pilih Money in Minutes service.
  • Berikan juruwang borang yang lengkap.
  • Bayar dengan wang tunai atau debitkan dari akaun Agrobank anda.
  • Simpan resit anda dan hantar nombor rujukan (MTCN) kepada penerima anda untuk pengambilan wang.Boleh didapati di 174 cawangan Agrobank diseluruh Malaysia.

Had Penghantaran Harian Individu

  • RM10,000.00

Dokumen diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri yang sah-NRIC/Passport.
* Pembayaran pemindahan wang mungkin tertakluk kepada cukai tempatan dan caj perkhidmatan.
** Terimaan wang lewat atau tiada perkhidmatan mungkin berlaku didalam keadaan-keadaan  tertentu transaksi seperti negara destinasi, ketersediaan mata wang, isu-isu kawal selia, keperluan ID pengenalan diri, waktu di lokasi ejen, perbezaan zon masa, atau pemilihan  bayaran lewat. Sekatan tambahan mungkin dikenakan. Lihat borang penghantaran wang untuk maklumat lanjut.
 
Muat Turun