AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program AGRO YES 2.0

Program Agro-YES 2.0 merupakan satu program yang menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang ditawarkan di bawah program Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) khususnya kepada sektor usahawan muda.

Jenis perniagaan yang tersenarai di bawah program ini ialah pengeluaran tanaman, perikanan, ternakan, pengeluaran produk industri makanan, pemasaran (peruncitan atau pemborong hasil pertanian), perkhidmatan dan input sokongan pertanian serta agro pelancongan.

Program ini bertujuan untuk menyokong agenda yang dihasratkan iaitu memperkasakan pengeluaran makanan negara bagi menjamin kelestarian bekalan makanan pada masa hadapan.

Konsep Syariah

  • Program ini adalah berasaskan konsep syariah Tawarruq.

Syarat Kelayakan

Perniagaan yang berkaitan dengan:    

  • Pengeluaran tanaman (kecuali padi, beras, dan komoditi seperti getah, kelapa sawit, tembakau, berkaitan kayu, koko, kenaf dan lada);
  •  Perikanan;
  • Ternakan termasuk pembiakan kecuali haiwan yang dilindungi di bawah akta hidupan liar, haiwan terancam, haiwan liar dan haiwan eksotik;
  • Pengeluaran produk industri makanan;
  • Pemasaran (peruncitan atau pemborong hasil pertanian);
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian;
  • Agro Pelancongan.

Entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada Sendirian Berhad, Pemilik Tunggal, Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.

Tidak termasuk

a. Entiti yang disenaraikan awam di papan utama; dan

  b. Anak syarikat: 
  • Syarikat Tersenarai Awam di papan utama;
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
  • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD); dan
  • Perusahaan milik negara

 

  • Pemilik/rakan kongsi/pengarah/pemegang saham) mestilah berumur antara 18 – 40 tahun semasa permohonan atau 1 (satu) daripada rakan kongsi/pengarah berumur antara 18 – 40 tahun semasa permohonan;
  • Perniagaan mesti beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh permohonan.
  • Bukan individu dengan penglibatan kurang daripada 12 bulan dalam bidang pertanian layak di bawah program ini melalui model ladang kontrak dengan pelingbatan syarikat peneraju.
  • Individu dengan penglibatan kurang daripada 12 bulan dalam bidang pertanian perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya layak mendapat pembiayaan di bawah model pertanian kontrak dengan syarikat peneraju yang terlibat (jika berkenaan).
  • Syarikat/penjamin korporat tidak diisytiharkan sebagai digulung/dibubarkan/di bawah pengurus dan penerima /penjamin individu bukan bankrap dan tiada tindakan undang-undang berterusan yang membenarkan penggulungan/muflis. 
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Syariah.

Pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang disasarkan dan sektor yang diluluskan. Membiayai CAPEX dan OPEX di sepanjang rantaian nilai agromakanan dan lain-lain dalam skop yang diluluskan dan dinasihatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari semasa ke semasa.​

 

Had Pembiayaan (*Tertakluk terma dan syarat)

  • Minimum RM50,000 dan maksimum sehingga RM500,000* setiap pemohonan.

 

Tempoh Kemudahan Pembiayaan

Pembiayaan Berjangka-i

Sehingga 102 bulan termasuk 6 Moratorium yang diberikan.

Modal Kerja-i Tertakluk kepada tempoh pembiayaan produk. 

 

Jenis Produk Pembiayaan

Pembiayaan Berjangka-i

Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk industri terlibat.

Modal Kerja-i Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan sistem utiliti, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.​

 

Kadar Keuntungan

Pembiayaan Berjangka-i (Kadar Keuntungan Efektif)

  • 0%* untuk 6 bulan pertama (moratorium)
  • 3.0%* setahun selepas itu sehingga tamat tempoh

Pembiayaan Modal Kerja – i (Kadar Keuntungan Efektif)

  • 3.0%* setahun ke atas baki pembiayaan.

Lembaran Maklumat Produk

Lembaran Maklumat Produk (English)

Soalan Lazim 

Soalan Lazim (English)

Risalah A5

HUBUNGI KAMI