AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program PEMULIH Mikro Kredit

Program yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan mikro sedia ada yang melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan perniagaan/projek bagi aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan makanan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (penanaman, ternakan dan penangkapan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan.

 

Kelayakan

Usahawan mikro sedia ada yang memenuhi ciri-ciri khusus seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
  • Perniagaan telah berjalan sekurang-kurangnya bagi tempoh enam (6) bulan dengan dibuktikan melalui dokumen yang relevan seperti lessen perniagaan atau perjanjian sewaan premis perniagaan atau dokumen-dokumen transaksi perniagaan atau pendaftaran perniagaan.
  • Rekod Credit Tip Off Service (CTOS) atau lain-lain dokumen yang diterima oleh Agrobank yang menunjukkan tiada sebarang tindakan undang-undang yang masih berkuatkuasa ke atas pemohon.
  • Tidak disenarai hitam dalam Anti-Money Laundering/ Combating the Financing of Terrorism (AML/CFT) Watchlist atau mana-mana carian yang berkaitan.

 

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum: RM1,000.00
  • Maksimum: RM75,000.00

 

Kadar Keuntungan

  • 0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bagi bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun.
  • Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.

 

Tempoh Kemudahan Pembiayaan

  • Sehingga 108 bulan termasuk enam (6) bulan moratorium.
  • Tempoh minimum kemudahan pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.
  • Tiada cagaran yang diperlukan oleh pihak bank.

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama, sekiranya berkenaan).
  • Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini].
  • Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.

 

Muat Turun PDS PEMULIH Mikro Kredit (BM)

Muat Turun FAQ PEMULIH Mikro Kredit (BM)

Muat Turun Risalah (A5)

HUBUNGI KAMI