AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Pembiayaan Padi

Agrobank menawarkan Pembiayaan Padi tanpa cagaran bagi membiayai modal pusingan penanaman padi untuk pesawah yang mempunyai sistem pengurusan sawah yang teratur dan sistematik serta disahkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

Konsep Syariah

  • Pembiayaan ini adalah berasaskan konsep syariah Tawarruq.

Skop Pembiayaan

 

  • BERNAS Paddy-i: Pesawah yang mempunyai ikatan pembekalan hasil padi dengan Kilang Beras Bernas (KBB) yang juga dikenali sebagai Peserta Rakan Ladang BERNAS.
  • PPK Paddy-i: Pesawah yang mempunyai ikatan pembekalan atau pengurusan hasil padi dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
  • KPK Paddy-i: Pesawah yang mempunyai ikatan pembekalan atau pengurusan hasil padi dengan Kilang Padi Komersial selain dari Kilang Beras Bernas (KKB).
  • Agro Paddy-i: Pesawah yang tidak mempunyai sebarang ikatan pembekalan atau pengurusan hasil padi dengan mana-mana Kilang Padi Komersial (KPK) atau pihak pembeli hasil padi.

Tempoh Pembiayaan

 

  • Tempoh pembiayaan adalah tidak melebihi lima (5) tahun atau sehingga Pelanggan berumur genap 70 tahun pada tarikh matang pembiayaan (yang mana terdahulu). Walaubagaimanapun, bagi pelanggan melebihi usia 70 tahun, pembiayaan boleh dibuat dengan penerima biaya bersama dari kalangan ahli keluarga terdekatnya.

Pelanggan yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengunjungi Pusat Kredit Padi atau cawangan Agrobank yang berdekatan.

Selain itu, pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476.

Frequently Asked Questions (FAQ)(BM)

Program Disclosure Sheet (PDS)

Flyers Pembiayaan Padi