AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program PEMULIH NewBiz

Tawaran Kami

Program PEMULIH NewBiz adalah berasaskan konsep syariah Tawarruq.

Menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

Ditawarkan kepada individu yang terkesan dengan ekonomi semasa bagi tujuan memulakan perniagaan berasaskan makanan.

Tiada bayaran bagi 6 bulan pertama.

*Tertakluk kepada terma & syarat

Program PEMULIH NewBiz

Jenis Perniagaan
  • Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya.
  • Menjalankan aktiviti perniagaan di rumah (home-based) yang melibatkan aktiviti seperti berikut:-
    i) Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
    ii) Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
    iii) Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya.
Kelayakan Mudah
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan).
  • Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan perubahan negatif ekonomi sepertimana berikut:-
    (a) Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020;
    (b) Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian semenjak Mac 2020 dan masih menganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil; dan
    (c) Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.
  • Tiada cagaran yang diperlukan oleh pihak bank.
  • Tidak diistiharkan muflis dan tidak mempunyai tindakan undang-undang yang membenarkan tindakan muflis.

Kembangkan Perniagaan Baru Anda Sekarang!

Mulakan dengan….

Sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Jenis Produk Pembiayaan

Menyediakan perbelanjaan operasi yang berkaitan dengan operasi ladang.​​

Menyediakan perbelanjaan modal untuk industri terlibat.

Menyediakan kemudahan pembiayaan tanpa cagaran untuk tujuan perniagaan.