AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

RM200K Dana Galak Usahawan Melon Manis Di Terengganu



KUALA TERENGGANU, 7 MEI 2023 – Agrobank giat melahirkan lebih ramai usahawan Melon Manis
Terengganu (MMT) menerusi usahasama strategik Program Inkubasi Usahawan Tanaman Melon
Manis Terengganu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Program berteraskan konsep seed funding oleh Agrobank ini memberi peluang kepada usahawan
yang terpilih untuk mempelajari teknik tanaman yang betul selain membantu para usahawan yang
terlibat menjana pendapatan berterusan.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin,
program ini merupakan inisiatif kali kedua dengan nilai keseluruhan peruntukan dana berjumlah lebih
RM200,000.00 yang memberi manfaat kepada lebih 10 peserta. Sebagai sebuah bank pembangunan,
kami menitik beratkan pembangunan usahawan-usahawan kecil khususnya usahawan Start Up dalam
membina perniagaan mereka. Kepentingan kami berbeza daripada bank-bank komersial lain”,
tambahnya.

Melalui Agrobank Centre of Excellent (ACE), kami akan menerapkan minda keusahawanan kepada
para usahawan yang terpilih, membimbing mereka untuk mahir menguruskan kewangan, selain
melengkapkan mereka dengan kemahiran pemasaran digital dan perancangan perniagaan.
“Kami menerapkan nilai-nilai hand holding di mana kami akan bersama mereka bermula hari pertama
dan seterusnya memantau usahawan-usahawan yang menyertai program ini sehingga mereka tamat
program.

Kami turut berkolaborasi dengan ‘Ko Sahabat’, iaitu koperasi di bawah naungan UniSZA untuk
memberi bimbingan dan latihan yang proaktif serta akomodasi bagi memastikan projek ini tersusun
rapi hingga menghasilkan tanaman yang mampan dari segi penghasilan buahnya serta keuntungan
hasilnya.

Pada sesi pertama program ini tahun lalu, nilai bersih keuntungan mencecah hampir RM50,000
selama 6 bulan. Kami percaya tanaman melon manis ini berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat
lebih jauh dan kami sedang giat merangka dalam membantu usahawan ini untuk memasarkan hasil
tanaman mereka ke luar negara, kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku
Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Turut hadir di majlis penyerahan sumbangan Program Inkubasi Usahawan Tanaman Melon Manis
Terengganu Agrobank dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Timbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa UniSZA.