Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Terima Anugerah Khas Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2024 – Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin hari ini menerima Anugerah Khas Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (KKP) sempena Majlis Penyampaian Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ke 42 Tahun.
Anugerah khas yang disampaikan oleh Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) ini merupakan pengiktirafan kepada Agrobank dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan agar persekitaran kerja yang selamat dan kondusif dapat dicapai bagi warga kerja Agrobank. Pengiktirafan ini amat bermakna buat Agrobank dalam memberi impak positif bukan sahaja kepada kesejahteraan pekerja, tetapi juga terhadap keberkesanan operasi organisasi.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Penghargaan ini merupakan usaha kolektif di antara pihak pengurusan dan semua kakitangan Agrobank dalam merealisasikan persekitaran ruang kerja dan budaya yang selamat dan kondusif. Kami percaya dengan adanya persekitaran sebegini ianya merupakan aspek yang paling penting untuk meningkatkan produktiviti individu.”
“Justeru, Agrobank sentiasa komited dalam memastikan infrastrukturyang disediakan adalah selamat dan menepati piawaian yang ditetapkan”, tambah beliau. “Anugerah ini turut memberi motivasi kepada saya untuk terus memperkasakan warga kerja Agrobank melalui budaya kerja yang positif yang dapat memberi impak kepada peningkatan kualiti kerja yang dapat ditafsirkan melalui hasil kerja oleh kakitangan.”
“Selain itu,Agrobank turut menggalakkan warga kerjanya untuk mengamalkan konsep keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance). Di samping memenuhi komitmen professional, kehidupan peribadi juga perlu diutamakan untuk memastikan kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal.Kami percaya bahawa pekerja yang sihat dan gembira akan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada para pelanggan.”
Komitmen Agrobank dalam aspek keselamatan dan kesihatan ini sejajar dengan matlamat organisasi untuk menjadi institusi kewangan yang bukan hanya cemerlang dalam perkhidmatan, tetapi menjadi contoh dalam aspek penjagaan kesejahteraan pekerja di sektor perbankan Malaysia.