AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program Pembiayaan Usahawan Mikro MAINJ

Program Pembiayaan Usahawan Mikro MAINJ ini adalah program yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan/perniagaan yang disokong bawah agensi untuk memulakan dan memperkembangkan perniagaan sedia ada tanpa keuntungan dikenakan kepada pelanggan.

Konsep Syariah

  • Program ini menggunakan konsep syariah Qard yang merujuk kepada kontrak pinjaman wang dari pemberi pinjaman kepada peminjam di mana peminjam adalah terikat untuk membayar balik jumlah yang sama dengan amaun pinjaman.

Syarat

Syarat Kelayakan

  • Individu atau perusahaan mikro.
  • Aktiviti perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3-6 bulan dan dibuktikan dengan dokumen berkaitan seperti surat perjanjian sewa atau transaksi perniagaan atau pendaftaran perniagaan atau apa apa dokumen yang relevan yang dipohon oleh pihak Bank.
  • Pemilik/rakan kongsi mestilah berumur di antara 18 – 70 tahun semasa permohonan atau 1 (satu) daripada rakan kongsi/pengarah berumur di antara 18 – 70 tahun (pada tarikh matang) semasa permohonan.
  • Tidak disenaraihitamkan dalam Senarai Pantau AMLA/CFT atau sebarang carian berkaitan.
  • Tiada rekod CTOS atau sebarang maklumat yang menunjukkan tindakan undang-undang masih berkuat kuasa ke atas pemohon.
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Syariah.
  • Mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan Bank.

Pembiayaan

Tujuan Pembiayaan

  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Had Pembiayaan

  • Minimum RM 1,000.00*
  • Maksimum RM 10,000.00*

Tempoh Pembiayaan

  • Maksimum sehingga 5 Tahun (60 bulan)*

Fi dan Caj

Jenis Fi dan Caj   

Keterangan Fi dan Caj

Duti Setem
  • Seperti yang termaktub di bawah Akta Setem 1949

Caj Guaman & Pembayaran  

  • Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan dan caj-caj lain yang berkaitan (sekiranya ada).

Sumbangan Takaful  

  • Tertakluk kepada jumlah kemudahan yang diberikan

 

Nota

Dari semasa ke semasa, pihak Bank akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada fi dan caj yang berkaitan.

Fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 6% (atau apa-apa kadar yang ditetapkan oleh pihak berkenaan).

Muat turun Soalan Lazim

Muat turun Lembaran Maklumat Program