AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

AgroWaqf

Agrobank dengan kerjasama pihak Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS), yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan inisiatif wakaf ini bagi membantu menangani masalah kritikal pesakit buah pinggang disebabkan kekurangan mesin dialisis disamping memenuhi permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit dari kalangan orang awam.

Apakah Waqf?

  • Dari sudut bahasa: Berhenti, menahan & menghalang.
  • Dari segi istilah: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Hukum Waqf Tunai

Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam mesyuaratnya yang ke-15 pada 2004 di Muscat, Oman memutuskan, “Wakaf wang tunai adalah dibenarkan dari sudut syarak kerana tujuan utama daripada wakaf untuk mengekalkan harta wakaf dan menyebarkan manfaatnya mampu dicapai dari wang tunai.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah telah memutuskan bahawa konsep wakaf tunai adalah dibenarkan dalam Islam.

Ke manakah hasil sumbangan Wakaf Tunai ini akan disalurkan?

Hasil sumbangan Wakaf Tunai ini akan disalurkan kepada PICOMS-MAIWP untuk pembelian lima belas (15) mesin dialisis iaitu mesin khas yang digunakan bagi proses pembersihan darah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Mesin-mesin ini akan ditempatkan di tiga cawangan Pusat Rawatan Dialisis MAIWP yang terletak di Batu Muda Gombak, Jalan Pahang dan Bukit Anggerik Cheras atau di mana-mana lokasi yang akan ditentukan oleh pihak MAIWP, dan akan diselia sepenuhnya oleh pihak PICOMS-MAIWP.

Siapakah penerima manfaat Mesin Dialisis ini?

Mesin-mesin dialisis ini akan digunakan untuk tujuan rawatan hemodialisis atau pembersihan darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang dari orang awam terutama daripada golongan asnaf dan yang kurang berkemampuan yang dikenalpasti dan mendapat pembiayaan dari pihak MAIWP. Pesakit dari kalangan komuniti pertanian yang diiktiraf juga mendapat manfaat rebat dari caj penggunaan mesin-mesin ini. Pesakit-pesakit ini perlu bergantung hayat kepada mesin dialisis bagi meneruskan kehidupan.

Medium Sumbangan Wakaf Tunai

Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan ke akaun seperti berikut:-

i. Akaun Agrobank: WAKAF AGROBANK PICOMS & MAIWP

ii. No. Akaun: 1007021000076102

 

Muat turun Soalan-soalan Lazim