AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Tandatangan Perjanjian Bersama Baharu dengan Kesatuan Agrobank



KUALA LUMPUR – Agrobank telah menandatangani Perjanjian Bersama baharu dengan empat (4) Kesatuan Agrobank sebagai sebahagian daripada inisiatif Bank untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif di antara kakitangan dan pengurusan Agrobank.

Perjanjian Bersama baharu ini membuktikan bahawa terdapat persefahaman dan kerjasama antara Pengurusan Bank bersama 4 buah Kesatuan Dalaman Agrobank iaitu; Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KEBPMBS) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KPPBPMBS) yang telah ditandatangani pada 2 April 2019 serta Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad (KEBPMB) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad (KPPBPMB) yang ditandatangani pada 3 April 2019.

Perjanjian Bersama Kesatuan di Sabah telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Tamring Kuba, Pengarah Wilayah Sabah dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.

Bagi Perjanjian Bersama Kesatuan di Semenanjung Malaysia, ianya telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, PCEO Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle  Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.

Perjanjian Bersama baharu ini adalah terma dan syarat perkhidmatan (TACOS) yang diperbaharui setiap tiga (3) tahun. Perjanjian Bersama baharu ini yang ditandatangani adalah untuk tempoh dari Januari 2019 – Disember 2021.

Syed Alwi Mohamed Sultan, P/CEO Agrobank berkata, perjanjian ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank untuk melaksanakan amalan sumber manusia yang berhemah khususnya dalam usaha mengekalkan kakitangan (talent retention) di Agrobank. 

“Pengekalan bakat (talent retention) adalah antara fokus utama Agrobank kerana ia merupakan elemen yang penting dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Menerusi Perjanjian Bersama ini yang mengambil kira tentang budaya kerja, pengiktirafan, ganjaran, pampasan dan penilaian prestasi kakitangan, ia akan membantu menjaga kebajikan dan menghargai bakat-bakat di Agrobank,” kata Syed Alwi.

Tambah beliau lagi, kewujudan Kesatuan Agrobank adalah sebagai rakan dalam perniagaan” dan kesinambungan Perjanjian Bersama tidak hanya tertumpu kepada pelarasan gaji atau kenaikan tahunan semata-mata, tetapi haruslah berupaya untuk meningkatkan keuntungan, prestasi dan imej Agrobank sebagai Bank yang cemerlang. Agrobank percaya inisiatif ini, ianya adalah inisiatif meletakkan Agrobank sebagai majikan pilihan di Malaysia.

  • English
  • Bahasa