AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Serah Zakat Perniagaan Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)



KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2024 – Agrobank hari ini menunaikan zakat perniagaannya kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan jumlah RM387,217.82.

Jumlah keseluruhan zakat perniagaan oleh Agrobank meningkat sebanyak 26.48% peratus kepada RM387,217.82 daripada RM306,149.41 pada tahun sebelumnya. Justeru, Agrobank berharap dengan jumlah zakat yang diagihkan ini ianya dapat membantu memperbaiki kualiti kehidupan golongan asnaf di Negeri Kedah.

Majlis penyerahan zakat ini telah disempurnakan oleh Datuk Yunos Abd Ghani, Pengerusi Agrobank kepada Tuanku Mahkota Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Di majlis yang sama Agrobank turut menyumbangkan RM150,000.00 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi inisiatif Saham Wakaf Projek Hassan melalui pembelian mesin bagi pemerkasaan sektor padi di negeri Kedah. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Yunos Abd Ghani, Pengerusi Agrobank kepada Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Turut hadir di majlis ini Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin@ Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Agrobank dan Encik Rosli Jusoh, Ketua Agrobank Centre of Excellence (ACE).