AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Jalin Kerjasama Strategik Dengan LKTNS Perkukuh Sektor Pertanian



TAWAU, SABAH 21 Julai 2023 – Agrobank hari ini menandatangani memorandum persefahaman strategik dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dalam Program Hari Muhibbah 2023 bersama peneroka.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkasakan pembangunan kewangan khususnya melalui penyediaan perlindungan takaful. Jalinan kerjasama ini juga adalah bagi melonjakkan sektor agromakanan negara ke arah yang lebih tinggi.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengu Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “pihak Agrobank sepenuhnya bersedia untuk menyediakan sokongan menerusi kerjasama ini.”

“Agrobank komited dalam memberikan perkhidmatan dan servis kelas pertama takaful kepada seluruh peneroka dan juga peserta di bawah seliaan LKTNS. Kami menganggarkan sebanyak 6,000 orang akan menerima manfaat daripada perlindungan Takaful Kasih dengan nilai pelan perlindungan lebih RM60,000.”

Agrobank yakin kerjasama yang terjalin ini mampu menyediakan peluang kepada pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan perlindungan takaful menerusi tawaran yang disediakan termasuk kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, perbelanjaan pengebumian dan perbelanjaan perubatan dan elaun hospital.

Dalam masa yang sama Agrobank sedang merangka pelan pembiayaan dan bantuan kewangan yang khusus buat peserta, peneroka, kontraktor dan juga menerima manfaat di bawah seliaan LKTNS.