AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Perkasa Sosioekonomi Veteran ATM Melalui Inisiatif Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence



Agrobank hari ini menjalinkan nota kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM. Kos keseluruhan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi ladang dalam sektor pertanian khususnya nanas, penternakan ayam dan perikanan ini adalah hampir RM30 juta.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Hasil sektor penanaman nanas, penternakan ayam dan perikanan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah mampu menggiatkan eksport antarabangsa. Hasilnya bukan sahaja boleh dipasarkan dalam bentuk segar, malah boleh diproses menjadi pelbagai produk makanan dan produk hiliran. Faktor ini menjadikan sektor-sektor ini sebagai industri yang berpotensi untuk terus berkembang, didorong oleh permintaan pasaran yang tinggi serta kepelbagaian kegunaan.”

Beliau turut berkata, “Kerjasama antara Agrobank dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ini membuka peluang kepada pesara ATM sedia ada ataupun bakal pesara ATM untuk bergiat dalam industri pertanian. Program ini bukan sahaja menawarkan peluang keusahawanan, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan yang stabil kepada para veteran ATM sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka. Ia juga mencerminkan komitmen kami dalam menjaga kebajikan warga veteran yang telah berbakti kepada negara.”

Simbolik jalinan nota kerjasama ini telah disempurnakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Melalui Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM ini, Agrobank komited memacu industri agromakanan yang bukan sahaja menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.