AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Erat Silaturahim Menerusi Agrobank BerUkhuwah



SUNGAI BULOH, SELANGOR – Sebagai sebuah bank perbankan Islam milik kerajaan yang diberikan mandat untuk membantu golongan yang kurang mendapat perhatian (unserved & underserved community), Agrobank hari ini menganjurkan program Agrobank BerUkhuwah dengan kerjasama Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh bagi mendekati dan membantu komuniti yang memerlukan.

Dengan pendekatan ‘sayang masjid’, program komuniti masjid ini merupakan yang pertama daripada sepuluh (10) program Agrobank BerUkhwah yang akan dianjurkan bagi memupuk budaya bantu-membantu dan bekerjasama selain merapatkan hubungan silaturahim di antara pihak Agrobank dan komuniti setempat.  

Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, inisiatif ini dilaksanakan untuk menyediakan ruang kepada kakitangan setempat untuk lebih terlibat dengan komuniti tempatan.  Menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti solat berjemaah, gotong-royong, penyampaian zakat dan aktiviti kemasyarakatan lain, Agrobank berharap agar inisiatif ‘sayang masjid’ seumpama ini dapat memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah masjid. 

“‘Program Anak Muda: Basuh Motor Percuma’ merupakan antara program yang dijalankan bagi menarik keterlibatan belia dengan aktiviti yang dianjurkan masjid.  Ini secara tidak langsung merapatkan ukhuwah dan minat golongan belia untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan khususnya bersama komuniti setempat.  Selain itu, menyedari tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar, pihak Agrobank dan Masjid Saujana Utama turut menganjurkan sesi menanam pokok buah-buahan di sekitar kawasan masjid di mana tanaman yang akan menghasilkan buah-buahan pada masa hadapan ini apabila berhasil akan dapat dikongsi bersama.”

Pada majlis yang sama, Agrobank juga turut menyalurkan bantuan zakat bagi tujuan perlaksanaan program melibatkan golongan asnaf yang secara keseluruhannya berjumlah RM10,000.

Selain itu, Agrobank turut menghadiahkan beberapa buah tabung bergerak kepada Masjid Saujana Utama bagi kegunaan pihak masjid untuk memudahkan urusan kutipan derma/sumbangan terutama ketika solat jumaat dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.

  • English
  • Bahasa