Skim PUSHPA merupakan inisiatif bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi menyediakan pembiayaan kepada usahawan Mikro dan Kecil di negeri Pahang bagi menambah-baik untuk membangunkan perniagaan mereka dalam memenuhi kriteria-kriteria untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.
Konsep Shariah
- Tawarruq
Konsep syariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli Komoditi daripada Bank pada penambahan harga jualan (Harga Jualan Bank) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai.
Kelebihan Skim PUSHPA
- Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap status halal bagi produk usahawan tempatan.
- Potensi memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
- Mempertingkatkan status sosio-ekonomi usahawan mikro dan kecil di Negeri Pahang.
- Pemantauan oleh agensi-agesi berkaitan di Negeri Pahang.
Kemudahan Pembiayaan
Skop Pembiayaan
Merangkumi perbelanjaan modal seperti berikut:
- Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap status halal bagi produk usahawan tempatan.
- Potensi memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
- Mempertingkatkan status sosio-ekonomi usahawan mikro dan kecil di Negeri Pahang.
- Pemantauan oleh agensi-agesi berkaitan di Negeri Pahang.
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM 25,000
- Maksimum: RM 350,000
Kadar Keuntungan
- 4% setahun berdasarkan baki bulanan
Tempoh Kemudahan
- Sehingga 5 Tahun (termasuk sehingga 6 bulan tempoh penangguhan)
Cagaran
- Tiada cagaran diperlukan
Jenis Produk
- Pembiayaan berjangka-i
Kelayakan
- Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang bermastautin di Negeri Pahang.
- Pemilik perniagaan milikan tunggal berumur antara 18 (semasa memohon) hingga 65 tahun (tamat pembiayaan).
- Perniagaan atau syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (atau mana-mana pindaan yang berkaitan).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Premis perniagaan beroperasi di Negeri Pahang.
- Usahawan berada di bawah naungan Jabatan Pertanian, Perikanan, Veterinar atau agensi kerajaan Negeri Pahang lain.
Bagi perkongsian:
- Salah seorang pemilik/rakan kongsi berumur 18 hingga 65 tahun.
- Rakan Kongsi utama dalam perkongsian mestilah rakyat Negeri Pahang.
Dokumen yang diperlukan
Sdn Bhd / Bhd:
- Tidak melebihi 21 bulan dari tarikh permohonan.
- Akaun pengurusan tahun semasa yang tidak melebihi 9 bulan, atau 6 bulan penyata bank terkini (boleh terima penyata 2 bulan dari tarikh permohonan).
Pemilik Tunggal / Perkongsian:
- Penyata bank 6 bulan terkini (semua bank) dari tarikh permohonan (boleh terima penyata 2 bulan).
- Akaun pengurusan tidak melebihi 9 bulan; atau Penyerahan Cukai (Borang B/J).
Pengecualian bagi perniagaan kurang 12 bulan:
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Akaun pengurusan tidak melebihi 9 bulan dari tarikh permohonan.