AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

AGRO GIG

Agrobank menawarkan pakej pembiayaan bagi menyokong Pekerja Gig yang berdaftar melalui platform perkhidmatan seperti Grab, Foodpanda, AirAsia Ride, Shopee, Lalamove dan lain-lain.

Melalui kemudahan ini, Pekerja Gig boleh mendapatkan modal kerja untuk menaik taraf kenderaan, membeli atau menaik taraf peranti digital seperti telefon, serta menampung keperluan lain yang berkaitan dengan aktiviti gig.

Contoh Pekerja Gig:

Individu bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti penghantaran makanan atau barangan dan pemandu
e-hailing yang berdaftar melalui platform digital.

Pekerja Gig juga berpeluang menikmati Pelan Perlindungan Takaful Kasih Plus bernilai sehingga RM50,000* tanpa sebarang caj.

*Terhad kepada 1,000 peserta terawal yang diluluskan dan membuat pembayaran pembiayaan.

Konsep Shariah

  • Tawarruq

    Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.

Pembiayaan

Skop pembiayaan

  • Menawarkan pembiayaan bagi kos operasi atau pembelian/ pembangunan aset tetap (kenderaan,peralatan kerja dan peralatan khusus untuk aktiviti Pekerja Gig) bagi keperluan pekerjaan yang merangkumi pelbagai aktiviti pekerjaan di bawah sektor Pekerja Gig.
     

Jumlah Pembiayaan 

  • Minimum: RM5,000
  • Maksimum: RM50,000

Tempoh Kemudahan Pembiayaan

  • Sehingga 7 Tahun

Kadar Keuntungan 

  • Serendah 4.75setahun dikira atas baki bulanan 

Cagaran  

  • Tidak diperlukan 

Kelayakan



  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun - 70 tahun
  • Telah bekerja atau beroperasi sekurang-kurangnya tempoh 12 bulan 
  • Individu bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa yang digariskan dalam SME Definition (SME Corporation Malaysia seperti pekerja gig di platform digital.
  • Semua Pekerja Gig yang berdaftar di bawah kontrak dengan platform perkhidmatan seperti Grab, Foodpanda, AirAsia Ride, Shopee dan Lalamove.
  • Bebas kebankrapan,tidak disenarai- hitamkan dan tiada rekod buruk dalam senarai pemantauan Anti-Money Laundering Act / Counter-Financing of Terrorism / Credit Tip-Off Service / Central Credit Reference Information System (AMLA/CFT/CTOS/CCRIS) atau sebarang semakan berkaitan. 

Dokumen

 

  • Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap. 
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama, sekiranya berkenaan).
  • Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 12 bulan terkini. 
  • Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan  premis tetap.