AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

AGRO Bazar

Agrobank menawarkan kemudahan pembiayaan untuk menyokong usahawan mikro di sepanjang musim perayaan seperti (Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Bazar Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri). Melalui kemudahan pembiayaan ini, usahawan mikro boleh mendapatkan modal kerja bagi tujuan pembelian stok, bahan mentah, menampung kos operasi harian, serta membantu kelancaran perniagaan sepanjang musim perayaan.

 

Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan kelancaran perniagaan usahawan mikro sepanjang musim perayaan. Dengan kemudahan ini, usahawan mikro dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan serta pengembangan perniagaan tanpa dibebani dengan kekangan modal.

 

Skop Pembiayaan:

Menawarkan pembiayaan bagi pembelian stok, bahan mentah, kos operasi harian atau modal kerja bagi membantu kelancaran perniagaan usahawan mikro sepanjang musim perayaan.

 

Konsep Syariah:

Konsep yang digunapakai adalah Tawaruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli di dalam transaksi penjualan pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.

 

Jumlah Pembiayaan:

  • Minimum   : RM1,000
  • Maksimum : RM5,000

 

Tempoh Kemudahan Pembiayaan

Sehingga lima (5) tahun (berdasarkan kepada semakan akaun secara tahunan).

 

Kadar Keuntungan:

BFR + 2.5% p.a (Kadar BFR semasa adalah 6.5% setahun)*.

*Tertakluk pada perubahan kadar BFR semasa.

 

Cagaran:

Tidak diperlukan.

 

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Usahawan mikro seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia.
  • Perniagaan didaftarkan di bawah: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; ATAU Pihak berkuasa berkaitan (Pihak berkuasa majlis, pihak berkuasa negeri atau badan berkanun)/Pejabat Daerah (Sabah & Sarawak).
  •  Pemilikan tunggal atau perkongsian, pemilik perniagaan mestilah berumur 21 tahun (semasa permohonan) hingga 70 tahun (semasa tamat pembiayaan).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan boleh dibuktikan melalui dokumen sah.
  • Pemohon tidak disenarai-hitamkan [Anti-Money Laundering Act/Counter-Financing of Terrorism (AMLA/CFT) atau carian yang berkaitan].
  • Tidak terlibat atau disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah/haram.
  • Pengesahan lesen dan permit.

 

Dokumen:

  • Salinan kad pengenalan
  • Resit atau invois jualan untuk enam (6) bulan yang lalu; ATAU
  • Penyata akaun bank untuk enam (6) bulan yang lalu [tidak lebih daripada dua (2) bulan dari tarikh permohonan]; ATAU
  • Borang penyata cukai pendapatan terkini dengan pengesahan resit daripada LHDN.