AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

AGRO HALAL Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Agrobank menawarkan Pakej Pembiayaan AGRO HALAL bagi menyokong usahawan dalam membangunkan atau menambah baik perniagaan mereka selaras dengan keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

Skim ini merangkumi;-

  • Pemilihan bahan mentah yang mematuhi piawaian halal
  • Pengubahsuaian dapur atau premis perniagaan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan yang optimum
  • Penambahbaikan lain yang dapat membantu proses mendapatkan pensijilan halal

Bagi memudahkan usahawan, Agrobank turut menyediakan bimbingan dan latihan yang komprehensif untuk membantu mereka memperoleh Pensijilan Halal Malaysia dengan jayanya.

Tawaran pakej AGRO HALAL:

  • Pembiayaan sehingga RM5,000,000 dengan kadar keuntungan serendah 3.75% setahun (* Tertakluk kepada sumber dana dan ketersediaan dana)
  • Perundingan, bimbingan, dokumentasi, dan bantuan permohonan pensijilan halal khusus untuk industri kotej.
  • Latihan kesedaran dan pensijilan halal yang komprehensif untuk kakitangan syarikat.
  • Pemantauan dan bimbingan dalam bidang keusahawanan sepanjang tempoh 6 bulan.

 

Apakah kelebihan pakej AGRO HALAL kepada usahawan?

Latihan dan Bimbingan Berstruktur

  • Bimbingan menyeluruh dan kursus latihan yang komprehensif kepada usahawan sehingga berjaya memperoleh Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM.

 

Penambahbaikan Nilai Produk dan Premis

  • Memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pengusaha premis makanan serta pengeluar produk makanan & minuman, kosmetik, dan perubatan melalui pematuhan piawaian halal yang diiktiraf.

 

Akses kepada Pasaran Halal Global

  • Pensijilan Halal Malaysia membuka peluang luas kepada usahawan untuk menembusi pasaran halal domestik dan antarabangsa, sekali gus berpotensi meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran produk.

 

Sokongan kewangan disediakan melalui program pembiayaan seperti berikut;

Program Microenterprise Special Relief
(“MRP 2.0”)

(Bagi jumlah pembiayaan sehingga RM100,000)

Jumlah Pembiayaan:

  • Minimum : RM1,000

  • Maksima: RM100,000

Tempoh Kemudahan Pembiayaan:

  • Sehingga 7 tahun (84 bulan)

Kadar Keuntungan:

  • Serendah 4.75% p.a di kira pada baki bulanan

Cagaran:

  • Tidak diperlukan

Program Pembiayaan Reformasi Ekonomi Madani (“PRIMA”)

(Bagi jumlah pembiayaan sehingga RM5,000,000)

Jumlah Pembiayaan:

  • Minimum : RM100,000

  • Maksima: RM5,000,000

Tempoh Kemudahan Pembiayaan:

  • Sehingga 10 tahun

Kadar Keuntungan:

  • Bermula dari 3.75% setahun (tertakluk pada kadar keuntungan dan ketersediaan dana yang bersesuaian)

Cagaran:

  • Tidak diperlukan

 

Syarat Asas Permohonan

Program Microenterprise Special Relief
(“MRP 2.0”)
  • Pemohon berusia 21 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan)
  • Syarikat yang berdaftar dengan SSM
  • Syarikat yang tidak muflis
  • Syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan.
Program Pembiayaan Reformasi Ekonomi Madani (“PRIMA”)
  • Pemilikan tunggal atau perkongsian atau perkongsian liabiliti terhad atau Sdn Bhd (sekurang-kurangnya 51% saham dikawal oleh warganegara Malaysia)
  • Pemohon mestilah berusia di antara 21 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).

 

Dokumen yang di perlukan

Bekerja sendiri

  • Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.
    Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama, sekiranya berkenaan).
  • Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh dua belas (12) bulan terkini.
  • Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
  • Mana-mana dokumen pendapatan yang diterima oleh pihak bank bagi tujuan pembuktian sumber pendapatan.
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
  • Penyata kewangan yang diaudit yang terkini;
  • Ringkasan penyata akaun semasa bank bagi tempoh 6 bulan terkini
  • Borang pengisytiharan pendapatan tahun terkini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Contoh: Borang B / J / P); ATAU
  • Management account untuk tahun terkini.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan (Sekiranya perlu)
Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Borang pengisytiharan pendapatan tahun terkini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Contoh: Borang B / J / P);
  • Ringkasan penyata akaun semasa bank bagi tempoh 6 bulan terkini
  • Management account untuk tahun terkini
  • Penyata kewangan yang diaudit yang terkini
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan (Sekiranya perlu)