AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Serah Zakat Perniagaan RM540,569.95 Kepada MUIS



KOTA KINABALU – Agrobank sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan fokus untuk membangunkan sektor pertanian dan agromakanan hari ini telah menyerahkan sumbangan zakat perniagaan bernilai RM540,569.95 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di Kota Kinabalu.

Majlis penyerahan itu telah disempurnakan oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Pengerusi MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, ““Agihan zakat perniagaan ini adalah amalan Agrobank setiap tahun, setelah mengambil kira keuntungan bersih syarikat dan agihan zakat pendapatan dilakukan di setiap negeri di negara ini mengikut pengiraan tertentu.” 

“Bayaran zakat perniagaan kepada MUIS ini adalah salah satu usaha bagi membentuk pembangunan kemasyarakatan setempat dan komuniti di Sabah dan ia sudah menjadi tanggungjawab Agrobank, sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin untuk menjalankan tanggungjawab sosial kami bagi membantu golongan yang kurang mendapat perhatian dan liputan (unserved dan underserved communities).”

“Sumbangan zakat ini diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di seluruh Sabah terutama kepada golongan asnaf,” tambah beliau lagi.

Hadir sama di majlis penyerahan tersebut adalah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI), Datuk Md Afendi Datuk Hamdan, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Fauziah Abu Bakar Titingan, Pengarah Wilayah Sabah Agrobank.