Agrobank Raikan Wanita Dengan Kempen Istimewa Pulangan Tunai Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025
Agrobank bakal melancarkan Kempen Raikan Wanita Dengan Kad Debit AGRO-i bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2025. Kempen yang akan bermula dari 8 hingga 12 Mac 2025 dan terbuka kepada semua pelanggan wanita Agrobank yang memiliki Kad Debit AGRO-i.
Sepanjang tempoh kempen eksklusif ini, para pelanggan wanita Agrobank yang berusia 18 tahun dan ke atas berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak 15%. Pelanggan perlu membuat perbelanjaan minimum RM50 di mana-mana kedai fizikal dengan menggunakan Kad Debit AGRO-i.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Agrobank menghargai jasa dan pengorbanan wanita yang bukan sahaja berperanan sebagai tulang belakang dalam institusi keluarga, tetapi juga memberi sumbangan yang besar kepada kelestarian ekonomi negara. Ini menunjukkan peranan mereka tidak terhad di dalam rumah sahaja. Oleh itu, Kempen Raikan Wanita Dengan Kad Debit AGRO-i ini dirangka untuk memberi penghargaan buat kaum wanita.”
“Selain itu, inisiatif ini juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai perkhidmatan kewangan komprehensif yang ditawarkan Agrobank. Selain menawarkan kemudahan pembiayaan yang menyumbang kepada kelestarian rantaian makanan, Agrobank juga memberi tumpuan kepada penyelesaian kewangan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan harian pelanggan.”
“Selain itu, tawaran pulangan tunai yang menarik ini memberi ganjaran kepada wanita dalam setiap keputusan kewangan mereka, di samping memacu ekonomi melalui peningkatan kuasa beli mereka. Penggunaan kad debit secara kerap untuk memperoleh pulangan tunai memudahkan para pelanggan kerana tiada proses penebusan yang rumit. Para pelanggan wanita Agrobank hanya perlu berbelanja dan dapatkan pulangan tunai sehingga RM50.”
Melalui pelancaran kempen ini, Agrobank komited untuk menawarkan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses di samping memperkukuh peranan wanita dalam memacu ekonomi. Sebarang pertanyaan tentang kempen ini, sila lawati laman sesawang www.agrobank.com.my.