AGRO NURANI adalah pelan perlindungan diri khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dengan manfaat seperti Kematian Akibat Kemalangan, Perbelanjaan Pengebumian Akibat Kemalangan, Kematian Akibat Semula Jadi, Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan, Yuran Ambulans (Akibat Kemalangan) dan Elaun Tunai Harian Hospital (Akibat Kemalangan).
Produk ini diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Tempoh Perlindungan
Setahun
Jenis Kurang Upaya Yang Tidak Dilindungi
- Kecacatan Mental
- Kecacatan Berganda [Multiple Disabilities - Hilang Upaya Kekal melebihi satu (1) jenis)]
- Pekak dan Buta
- Buta dan Cacat Sebelah Kaki
- Buta dan Kudung Tangan
Kelayakan
- Terbuka kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia
- Berumur dari tujuh (7) tahun hingga 64 tahun (umur harijadi akan datang)
- OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan merupakan pemegang Kad OKU
Kriteria Penyertaan
- Penyertaan secara individu atau agensi berkaitan OKU
- Pembayaran bagi penyertaan boleh dibuat secara tunai, melalui pemindahan akaun atau dengan menggunakan perkhidmatan Interbank GIRO (IBG)
Manfaat Dan Pelan
Manfaat Perlindungan:
Manfaat/ Pelan |
Pelan Ehsan (RM) |
Pelan Amal (RM) |
Pelan Azim (RM) |
Kematian Akibat Kemalangan | 10,000.00 | 20,000.00 | 30,000.00 |
Perbelanjaan Pengebumian Akibat Kemalangan | 1,500.00 | 2,500.00 | 3,500.00 |
Kematian Akibat Semula Jadi | 3,000.00 | 5,000.00 | 8,000.00 |
Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan | 500.00 | 500.00 | 500.00 |
Yuran Ambulans (Akibat Kemalangan)** | Maksimum 300.00 | Maksimum 300.00 | Maksimum 300.00 |
Elaun Tunai Harian Hospital (Minimum Dua (2) Hari dan Maksimum 30 Hari) | 20.00 (Sehari) | 20.00 (Sehari) | 20.00 (Sehari) |
Sumbangan Takaful Setahun (termasuk 8% SST) |
56.00 | 87.00 | 133.00 |
*Manfaat ini diberikan sekali sahaja dalam tempoh perlindungan
Download Product Disclosure Sheet (PDS)_EN