AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Tampil Kelainan Video Raya Sarat Mesej Kasih Sayang Berlainan Agama



Agrobank hari ini menganjurkan Majlis Tayangan Perdana Filem Web ’Terimalah Mama dan Papa’ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi bersama rakan- rakan media di Dadi Cinema, Pavillion.

Filem pendek berdurasi lapan minit ini menekankan konsep yang berlainan dengan mengetengahkan kisah sepasang suami isteri mualaf merindui anak mereka yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman. Berlatar belakangkan Ramadan dan Aidilfitri, Pengarah filem, Sabri Yunus, telah berjaya menggabungkan elemen kasih sayang, penerimaan, dan keutuhan ikatan kekeluargaan dalam perbezaan agama dan kepercayaan.”

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Filem web ‘Terimalah Mama dan Papa’ ini membawa mesej yang mendalam tentang nilai kekeluargaan. Pemilihan tema umum ini sangat bertepatan dengan semangat Aidilfitri untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.”

Beliau turut berkata, “Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak adalah abadi dan tidak pernah pudar walau apa jua perbezaan yang wujud. Oleh itu, filem ini mengingatkan anak-anak akan kewajipan mereka untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

Majlis Tayangan Perdana Filem Web ini dirasmikan oleh Pengerusi Agrobank, Datuk Yunos Abd Ghani. Turut hadir Pihak Pengurusan Kanan Agrobank serta barisan pelakon termasuk pelakon utama Angeline Tan dan Jessie Lim.

Jangan lepaskan peluang untuk menang duit raya RM500 dan 10 gram kepingan emas eksklusif Ladybug Agrobank bagi 20 orang bertuah dalam cabutan Kempen Mega Million Raya 2.0. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Mega Million Raya 2.0 layari www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan.

Filem pendek Aidilfitri berjudul ’Terimalah Mama dan Papa’ boleh ditonton menerusi platform media sosial Agrobank bermula 14 Mac 2025.