AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

IKON Agro

Agrobank dengan bangganya memperkenalkan siri baharu yang dinamakan ‘IKON AGRO’ yang memaparkan usahawan berjaya dalam bidang bisnes agro. Siri ini akan menyaksikan ikon-ikon Agro berkongsi pengalaman dalam membina perniagaan yang berjaya, menempuh cabaran, inspirasi serta sumbangan mereka menyediakan keperluan bekalan dan keselamatan makanan kepada rakyat. Seramai 50 ikon ditampilkan dalam 25 episod bermula 1 Ogos 2018.

Saksikan IKON AGRO, setiap hari  Rabu jam 8:30 malam di Astro AWANI, Saluran 501.

Klik untuk paparan video

Episod 17 (21 November 2018)

  • Episod ke-17 #IkonAgro  menampilkan Che Hasanlim Hasan dari Perniagaan Kundang Maju dengan kejayaan ternakan ikan dalam sangkar seperti Ikan Patin, Talapia & Baung di Temerloh, Pahang dan Abdullah Kasdi dari Aina Aini Enterprise dengan perusahaan santan dan kedai runcit di Serian, Sarawak

 

Klik untuk paparan video

Episod 16 (14 November 2018)

  • Episod ke-16 #IkonAgro  menampilkan dua usahawan Agrobank yang bermula secara kecil-kecilan dari MKR Food Industry dan juga Smart Food Venture Networking Sdn Bhd di mana kedua-duanya kini berjaya bergelar jutawan.

 

Klik untuk paparan video

Episod 15 (7 November 2018)

  • Episod ke-15 #IkonAgro  menampilkan Nurul Hana Nordin dari Tokku Food Industry dalam perusahaan pemprosesan keropok lekor dan isi ikan di Terengganu serta Koh Vui Yu dengan kejayaan syarikat Koh Yee Enterprise dalam penanaman sayur-sayuran di Kundasang.

 

Klik untuk paparan video

Episod 14 (31 Oktober 2018)

  • Episod ke-14 #IkonAgro  menampilkan En. Mat Ismail Jusoh dari Perniagaan Warisan Ketereh yang berjaya dalam perusahaan Budu sehingga menembusi pasaran China serta Iris Tan  dengan kejayaan syarikat Top Fruits Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam industri pengeksportan durian sejuk beku.

 

Klik untuk paparan video

Episod 13 (24 Oktober 2018)

  • Episod ke-13 #IkonAgro  menampilkan tiga usahawan Agro Teras iaitu Pn. Kulina Binti Joumi, Cik Japidah Binti Pinsin & En. Ruhajin Kuwasa dalam perusahaan asas tani di Kundasang, Sabah serta En. Mazlan Ramlee dari Wanz Along General Trading dalam perusahaan berasaskan ikan di Miri, Sarawak.

 

Klik untuk paparan video

Episod 12 (17 Oktober 2018)

  • Episod ke-12 #IkonAgro  menampilkan En. Mohamed Azlan bin Abdul Malick, peneraju Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn Bhd dalam perusahaan Kurma di Bukit Minyak, Pulau Pinang serta En. Lee Pow Foh dalam pembuatan dan pembekalan kopi dari syarikat Global Coffee Sdn Bhd di Shah Alam.

 

Klik untuk paparan video

Episod 11 (10 Oktober 2018)

  • Episod ke-11 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan En. Wong Kim Yan dan Pn Teoh Lay Suan dari LS Marine Culture Trading yang mengusahakan ternakan Ikan Sangkar di Batu Maung, Pulau Pinang serta Pn. Andulinah Angkaring pengusaha kedai runcit dari Madinah Enterprise Sdn Bhd yang merupakan nadi penduduk pedalaman di perkampungan Nabawan, Sabah untuk mendapatkan keperluan harian. 

 

Klik untuk paparan video

Episod 10 (3 Oktober 2018)

  • Episod ke-10 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan dua buah syarikat yang bermula secara kecil-kecilan serta melalui pelbagai rintangan serta cabaran namun kini cukup berjaya dalam industri asas tani. Tiga ikon ini adalah Tuan Hj Alias Hj Ali yang terkenal dengan jenama Jeruk Madu Pak Ali dari Pulau Pinang serta pasangan suami isteri, En. Chin Fook Keong dan Pn. Stephenie Toh Swee Fun yang mengusahakan industri penternakan ayam kampung dengan teknologi serba moden.

 

Klik untuk paparan video

Episod 9 (26 September 2018)

  • Episod ke-9 #IkonAgro memaparkan kisah kejayaan dua usahawan agro yang merupakan penerima Anugerah Agropreneur Agrobank 2018 iaitu Datuk Lau Hai Po bagi kategori Agropreneur Inovasi dan Pn. Zarida Zakaria bagi kategori Agropreneur Orang Kurang Upaya.

 

Klik untuk paparan video

Episod 8 (19 September 2018)

  • Episod ke-8 #IkonAgro yang memaparkan kisah dua usahawan agro dari negeri di bawah bayu, Sabah iaitu Datuk Yap Yun Fook dari Syarikat Evergreen Livestock Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan ikan talapia serta lembu tenusu dan juga Pn Deliam Hj Zainuddin dari Syarikat Deliam Hj Zainuddin Enteprise yang popular dengan produk sos tiram berjenama  ‘Mak Anna’.

 

Klik untuk paparan video

Episod 7 (12 September 2018)

  • Episod ke-7 #IkonAgro yang menampilkan kisah Datuk Heng Pooi Hong dari United SFL Plantation Sdn Bhd yang menggabungkan teknologi tinggi dan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran produk sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameroon dan juga Pn. Rubiah Mohamed yang bukan sahaja mengeluarkan produk makanan tradisional sejuk beku seperti karipap,samosa dan roti canai segera malah turut memperkasakan golongan wanita agar menjalankan perniagaan sendiri.

 

Klik untuk paparan video

Episod 6 (5 September 2018)

  • Episod ke-6 #IkonAgro yang menampilkan kisah kejayaan Patrick Teoh dari Rompine Integrated Pineapple dalam penanaman Nanas di Rompin, Pahang dan kisah Lim Mau Soon (Mr Allen) dari PLS Marketing Sdn Bhd yang terkenal dengan produk beras dari Sekinchan.

 

Klik untuk paparan video

Episod 5 (29 Ogos 2018)

  • Episod kelima #IkonAgro menampilkan Cheng Thee Yong dari Mayfresh Frozen Sea Products dalam perusahaan makanan laut sejuk beku di Pahang dan kisah Puan Norazrin Amat Tarmezi dari Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd yang mewarisi perniagaan ibunya yang terkenal dengan produk kerepek ubi pelbagai perisa dari Sungai Pelek, Selangor.

 

Klik untuk paparan video

Episod 4 (22 Ogos 2018)

  • Episod keempat IKON Agro menampilkan Datuk Haris Embong, usahawan ternakan ayam kacuk kampung (AKK) yang kini antara pembekal AKK terbesar di negara dan juga Vijendran Selvaraj, anak pemilik Raju’s Hill Strawberry Farm yang cukup popular dengan ‘milk-shake’ strawberi, salah satu manisan perlu dicuba sekiranya berkunjung ke Cameron Highlands.

 

Klik untuk paparan video

Episod 3 (15 Ogos 2018)

  • Episod ketiga IKON Agro memaparkan kerjasama strategik di antara Agrobank dan PPK Kuala Langat dalam usaha untuk membangun dan memberi akses pembiayaan kepada komuniti pertanian terutama dalam Fertigasi Cili. Turut dipaparkan kisah Jonny Tan di sebalik penghasilan Nata de Coco, jeli dan puding produk inovasi berasaskan agro keluaran Happy Alliance (M) Sdn Bhd.

 

Klik untuk paparan video

Episod 2 (8 Ogos 2018)

  • Fokus episod kedua adalah kisah dua usahawan kental yang mengangkat industri penternakan lembu dan juga pembekalan beras di mana perniagaan mereka kini mendatangkan hasil yang cukup lumayan.

 

Klik untuk paparan video

Episod 1 (1 Ogos 2018)

  • Episod pertama Ikon Agro memaparkan kisah dua usahawan agro yang menjadikan produk halal dalam membina empayar perniagaan mereka. Ikuti kisah di sebalik jenama Ramly Burger yang diasaskan Datuk Ramly Mokni dan isterinya Datin Shala Siah Abdul Manap. Episod ini juga turut melihat bagaimana perusahaan makanan tradisi oleh MHP Enterprise yang kini sudah menembusi pasaran global.
  • English
  • Bahasa