AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

AGRONetBIZ (Perbankan Internet Perniagaan)

 

Perbankan Internet Perniagaan atau dikenali sebagai AGRONetBIZ adalah perkhidmatan perbankan dalam talian yang mengunakan konsep syariah Ujrah untuk perniagaan atau pelanggan bukan individu seperti syarikat, persatuan, kelab dan pertubuhan atau badan-badan kerajaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Malaysia.

Syarikat hendaklah mempunyai akaun deposit syarikat perniagaan yang aktif dengan Agrobank.

AGRONetBIZ membolehkan pelanggan korporat dan komersial menjalankan transaksi kewangan di laman sesawang yang selamat yang dikendalikan oleh bank.

Untuk log masuk ke perkhidmatan AGRONetBIZ, pelanggan akan melayari laman sesawang bank, dan mengakses kemudahan perbankan dalam talian dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan peribadi pelanggan.

Setelah log masuk, pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan tanpa perlu pergi ke bank.

Terdapat dua (2) jenis akses disediakan untuk AGRONetBIZ iaitu:

  • Akses Semakan Untuk menyemak baki akaun sahaja
  • Akses Transaksi Akses PENUH (Melihat, Melaksanakan dan Meluluskan transaksi)

 

SERTAI SEKARANG

 

Perkhidmatan

Semakan Akaun
- Memaparkan butiran terperinci Akaun Simpanan pelanggan / Pelaburan / Pembiayaan, Sejarah Transaksi dan Sejarah Transaksi AGRONetBIZ.

Pemindahan Wang
- Membenarkan pelanggan untuk memindahkan wang dari akaun Agrobank mereka ke akaun yang lain seperti pilihan di bawah:
i. Pemindahan ke akaun sendiri dan akaun pihak ketiga Agrobank
ii. Pemindahan Antara Bank (IBG)

Pembayaran Bil
- Membenarkan pelanggan untuk membayar bil-bil kepada syarikat penerima yang ada dan mendaftar bil pilihan mereka untuk proses pembayaran yang lebih mudah pada masa akan datang.

Kebenaran
- Membenarkan pelanggan yang mempunyai akses Pelulus untuk meluluskan atau membatalkan sebarang transaksi kewangan yang dilaksanakan oleh Pemula.

Pengurusan Perkhidmatan Perbankan Internet
- Hanya boleh diakses oleh pelanggan yang dilantik sebagai Pentadbir Korporat. Fungsi Pentadbir Korporat ialah untuk menguruskan akses Pengguna mereka (Penyemak, Pemula dan Pelulus).

Pengurusan Profil
- Membolehkan pelanggan untuk menguruskan profil akaun seperti menukar Kata laluan

Kotak Mesej
- Membolehkan pelanggan untuk menerima mesej pemberitahuan yang dihantar oleh bank.

Laporan Penyesuaian
- Memudahkan pemantauan laporan transaksi daripada pengesahan yang dibuat.

Pembayaran Pukal
- Menggabungkan bayaran yang mempunyai jumlah transaksi yang banyak di dalam satu fail bayaran

Senarai Gaji  (Payroll)
- Urusan pembayaran gaji pekerja
- LHDNM, SOCSO, EPF

Standing Instructions (SI)
- Kemudahan arahan tetap bagi memastikan aliran transaksi berterusan dengan baik

Takaful
- Memudahkan urusan pembelian Takaful dibuat

e-Statement
- Menyemak dan memuat turun e-statement anda.

Pembayaran Zakat
- Sumbangan zakat dapat dilakukan dengan lebih mudah kepada pertubuhan zakat

SARMS Portal
- Sahabat Agro portal bagi pelanggan yang mendaftar dengan Sahabat Agro

Nota: Sebarang perubahan perkhidmatan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada budi bicara Bank.

Fi & Caj

Bayaran Penubuhan / Akses

Penubuhan (bayaran sekali) PERCUMA
Latihan On-site  PERCUMA
Bayaran Tahunan (Akses Semakan) PERCUMA
Bayaran Tahunan (Akses Transaksi) RM120.00


Bayaran Token Keselamatan AGRONetBIZ

Token Keselamatan AGRONetBIZ PERCUMA
Pengantian Token Keselamatan AGRONetBIZ (hilang atau rosak) RM70.00

 

Bayaran Transaksi (setiap transaksi)

Pemindahan Ke Akaun Sendiri PERCUMA
Pemindahan Ke Akaun Agrobank Pihak Ketiga PERCUMA
Pemindahan Antara Bank (IBG) RM0.10
Pembayaran Bil RM1.00

Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dibuat kepada fi dan caj.


Had transaksi untuk AGRONetBiz adalah seperti berikut:-

Had Transaksi

Pemindahan Ke Akaun Sendiri Tiada Had
Pemindahan ke Akaun Agrobank Pihak Ketiga

RM500,000.00

Pemindahan Antara Bank (IBG)

RM500,000.00

Pemindahan Antara Bank (IBFT)

RM500,000.00

Pembayaran Bil

Tiada Had

*Jika memerlukan had transaksi yang lebih tinggi, sila hubungi 1-300-88-2476 untuk keterangan lanjut.

Borang Permohonan


  • English
  • Bahasa