AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

AGROAgent (Perkhidmatan Ejen Perbankan)

AGROAgent adalah ejen perbankan yang diberi kuasa oleh Agrobank untuk menyediakan perkhidmatan perbankan ejen bagi menerima deposit, memudahkan pengeluaran, pemindahan dana, pembayaran bil dan tambah nilai mudah alih. AGROAgent dikembangkan khusus untuk mengatasi kesukaran mendapatkan perkhidmatan perbankan yang berkualiti, terutama bagi orang-orang di kawasan terpencil dan luar bandar.

Perkhidmatan ini ditawarkan melalui agen terpilih di seluruh negara dalam premis peruncitan menggunakan teknologi terminal e-POS.

 

HUBUNGI KAMI

 

Konsep

Konsep syariah yang digunakan untuk AGROAgent adalah berdasarkan Wakalah Bi-Ujrah. Konsep ini merujuk kepada kontrak perwakilan antara Agrobank dan Ejen Perbankan Agrobank yang mana Ejen bertindak sebagai wakil Bank untuk membuka kaunter bagi pihak Agrobank dengan menawarkan perkhidmatan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Bank akan membayar upah tertentu kepada ejen yang dilantik untuk kerja yang dilakukan.

Visi:
Menjadi peneraju dan pilihan utama perkhidmatan Ejen Perbankan.


Misi:
Menerajui usaha dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di luar bandar melalui:

  • Perkhidmatan Ejen Perbankan yang menyeluruh, mudah diguna dan efektif
  • Menjadi Bank yang menerajui usaha memperkembangkan perkhidmatan perbankan di luar bandar
  • Menjadi Bank pilihan untuk sektor pertanian, luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan


Kelebihan AGROAgent :

  • Mudah diakses
  • Lebih tertumpu di kawasan luar bandar dengan lokasi yang hampir kepada penempatan pelanggan
  • Waktu operasi yang lebih panjang (9 pagi hingga 9 malam setiap hari)
  • Transaksi perbankan menjadi lebih mudah dan tidak rumit, terutamanya dengan bantuan ejen yang terlatih
  • Tiada Caj Perkhidmatan
  • Lebih menjimatkan kos dan masa yang diperlukan untuk ke premis bank di luar kawasan penempatan


Perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Pengeluaran Tunai
  • Pemindahan Dana antara akaun Agrobank
  • Simpanan Tunai ke akaun Agrobank
  • Pembayaran Pembiayaan
  • Permintaan Penyata Mini
  • Pembayaran Bil
  • Tambahnilai Pra-Bayar

Had Transaksi

Jenis Perkhidmatan

Amaun Maksimum (RM) setiap transaksi

Amaun Maksimum (RM) (Harian)

Bilangan Transaksi Maksimum (Harian)

Pengeluaran Tunai

500.00

1500.00

3 Kali

Simpanan Tunai

500.00

1500.00

3 Kali

Pindahan Dana

3000.00

9000.00

3 Kali

Bayaran Bil

500.00

1000.00

5 Kali

Tambah Nilai Prabayar

150.00

500.00

Tiada Limit

Pembayaran Pembiayaan

Tiada Limit

Tiada Limit

Tiada Limit

Penyata Mini

Tiada Limit

Tiada Limit

Tiada Limit


Soalan Lazim

Apakah perkhidmatan Perbankan Ejen Agrobank?

Satu saluran perbankan alternatif oleh Agrobank untuk penduduk kawasan pinggir & luar bandar yang tiada/kekurangan kemudahan perkhidmatan perbankan.

 

Bagaimanakah perkhidmatan perbankan ini dijalankan?

  • Melalui perkhidmatan perbankan ini, Agrobank akan melantik wakil/ejen sah yang terpilih untuk melaksanakan urusan perbankan  bagi pihak Agrobank.
  • Transaksi urusniaga akan dikuncimasuk dengan menggunakan POS terminal.
  • Urusan yang berlaku adalah secara ‘on-line’.

 

Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan?

Urusan perbankan asas seperti deposit, pengeluaran, pindahan dana, pembayaran bil dan pembelian tambahnilai pra-bayar boleh dilakukan di lokasi Ejen Agrobank.

 

Apakah waktu operasi harian Perbankan Ejen Agrobank?

Waktu operasi harian bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam (tertakluk kepada waktu urusniaga ejen).

 

Adakah perkhidmatan perbankan ini adalah patuh syariah?

  • Ya. Perkhidmatan perbankan ini adalah patuh syariah. Konsep syariah yang digunapakai adalah Wakalah Bi-Ujrah.
  • Wakalah Bi-Ujrah merujuk kepada kontrak perwakilan antara Agrobank dan Ejen Agrobank yang mana pihak ejen bertindak sebagai wakil kepada Bank dengan membuka kaunter Agent Banking bagi Agrobank dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
  • Pihak Bank akan membayar upah yang tertentu kepada ejen yang dilantik atas kerja yang dilakukan.

 

Adakah sebarang caj perkhidmatan dikenakan kepada pelanggan untuk saluran perbankan ini?

Agrobank tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan kepada pelanggan untuk saluran perbankan ini.

 

Di mana ejen perbankan Agrobank boleh ditemui?

  • Ejen boleh ditemui di lokasi-lokasi premis yang memaparkan tanda ‘Agrobank Ejen Bank Berdaftar’.
  • Alamat lokasi ejen juga boleh diperolehi di laman website Agrobank.

 

Adakah perkhidmatan perbankan yang ditawarkan ini dijamin selamat daripada sebarang bentuk pencerobohan data / maklumat peribadi?

Ya. Agrobank memberi jaminan keselamatan data / maklumat peribadi pelanggan adalah terpelihara baik dan selamat daripada dicerobohi. Tahap keselamatan adalah menepati kehendak yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

 

Adakah terdapat sebarang resit urusniaga dikeluarkan sebagai bukti penyempurnaan sesuatu urusniaga?

Ya. Terminal POS akan mencetak 2 salinan cetekan resit urusniaga. Satu salinan untuk ejen dan sesalinan lagi untuk simpanan pelanggan.

 

Adakah urusan ‘reversal’ dibenarkan untuk perkhidmatan perbankan ini?

Tidak. Urusan ‘reversal’ tidak dibenarkan dibuat di sistem.

 

Adakah terdapat had-had bilangan urusan dalam  perkhidmatan perbankan ini?

Ya. Bilangan urusan yang boleh dilaksanakan di POS terminal adalah seperti berikut;

Jenis Perkhidmatan

Amaun Maksimum (RM) setiap transaksi

Amaun Maksimum (RM) (Harian)

Bilangan Transaksi Maksimum (Harian)

Pengeluaran Tunai

500.00

1500.00

3 Kali

Simpanan Tunai

500.00

1500.00

3 Kali

Pindahan Dana

3000.00

9000.00

3 Kali

Bayaran Bil

500.00

1000.00

5 Kali

Tambah Nilai Prabayar

150.00

500.00

Tiada Limit

Pembayaran Pembiayaan

Tiada Limit

Tiada Limit

Tiada Limit

Penyata Mini

Tiada Limit

Tiada Limit

Tiada Limit

 

Di mana maklumat lanjut berkaitan Perbankan Ejen Agrobank boleh diperolehi?
Sila kunjungi cawangan Agrobank berdekatan atau hubungi;

Financial Inclusion & Community Banking Section
Tingkat 2, Menara Agrobank, Leboh Pasar Besar,
Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur

Di mana boleh diperolehi khidmat sokongan untuk perkhidmatan perbankan ejen Agrobank?

Sila hubungi AGROBANK CONTACT CENTRE
Talian : 1-300-88-2476 (AGRO)
Dari luar negara: +603-20790600
Emel : customer@agrobank.com.my
Faks : 03-26917790

Lokasi Ejen Agrobank